in

“Jangan dok melewaq tak ketahuan” – KKM Sg. Petani Guna Loghat Tempatan Ingatkan Orang Ramai Patuhi SOP

1Sp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilangan kes positif Covid-19 di negara kita masih tinggi dan tidak menunjukkan trend penurunan seperti yang diharapkan. Ramai yang terkesan dengan keadaan pandemik ini ditambah lagi dengan arahan kerajaan untuk total lockdown.



Barisan frontliners kita juga kerap kali mengingatkan untuk sentiasa patuhi SOP supaya kita dapat sama-sama putuskan rantaian Covid-19. Ada sampai terpaksa buat announcement supaya orang faham.

Baru-baru ini, tular di media sosial, sebuah kenderaan yang dipercayai milik KKM Sungai Petani Kedah buat announcement untuk orang ramai. Apa yang menariknya, announcement itu dibuat dengan loghat Kedah. Korang dengar sendiri pesanan tu dalam video @ainiekamil kat bawah ni.

@ainiekamil

Skli Kena Bletiaq😂 #spkedah🔰🔰🔰

♬ original sound – 🌼°Ainie Kamil°®🌼 – 🌼°Ainie Kamil°®🌼

 

Jangan dok melewaq tak ketahuan

Min rasa ni cara yang terbaik untuk pesan kepada orang ramai. Ada satu video yang min tengok tu dekat Perak, pun cakap Perak gak. Iye lah baru orang kawasan tu senang faham kan.

Screenshot 2021 06 19 At 11.02.11 AmJaga-jaga, kaklong kawasan dah berletiaq tu. Ikut je SOP, untuk kebaikkan kita semua jugak kan. 

Screenshot 2021 06 19 At 11.02.25 AmUish kalau dia keluaq yang original punya siap pakej jerit-jerit tu boleh bernanah telinga weh. Sementara dia pesan elok-elok ni baik ikut. 

Screenshot 2021 06 19 At 11.02.59 AmJangan upgrade ke level maksimum plisss. Satgi ada yang memberontak pulak sebab tak tahan kena leteran. 

Screenshot 2021 06 19 At 11.03.19 AmBetul, ni kira lembut lagi lah. Kalau dia start yang kasar tu, silap-silap kucing pun lari. 

Apa-apa pun, harap semua boleh patuh SOP tidak kira dimana korang berada. Jaga diri, jaga semua.

 

Baca: “Rindu nak travel” – Cara Staff Di PPV IDCC Jadi Perhatian, Beri Pengumuman Macam Tengah Naik Flight

Screenshot 2021 06 19 At 11.04.33 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.