in

Jaga-Jaga! LHDN Tengah Pantau Individu Suka Tayang Barang Berjenama Online

Kaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang semua orang suka upload gambar OOTD, melancong, makan sedap-sedap dan sebagainya online.

Selalulah kita nampak tak kiralah yang kaki selfie, kaki media sosial dan kaki upload gambar 24 jam tu.


Tapi nampak gaya lepas ni korang kena fikir panjang dulu sebelum upload gambar tu semua.

Termasuk barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta, hartanah

Laporan Berita Harian menyebut, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan siasat mana-mana individu yang menunjukkan kekayaan luar biasa diorang secara online.

Maksudnya, siapa yang suka upload gambar-gambar barang berjenama macam brand Louis Vuitton, Gucci, Prada, Channel,Hermes tu semua dah bolehlah standby sorokkan barang.

Rosmah 2 Stailmy
sumber: stail

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Syarein Abu Samah, ini termasuklah individu yang kongsi pemilikan barang kemas, jam tangan mewah, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

 

Sama atau tidak dengan rekod pengisytiharan pendapatan LHDN?

Tapi bukan bermakna korang tayang tu terus pihak LHDN datang serbu rumah dan serang.

Semestinya diorang akan siasat dulu sebelum ambil tindakan kepada individu mahupun pemilik akaun media sosial tu.

12 Fakta Menarik Mengenai Palace Aliff Syukri 06 764
sumber: iluminasi

Manalah tahu, rekod pengisytiharan pendapatan dalam simpanan LHDN milik individu tu lebih rendah atau lebih tinggi daripada apa yang dia tayangkan.

Kalau terkantoi, LHDN akan minta surat penjelasan daripada individu berkenaan untuk terangkan tahap kekayaan masing-masing.

Img 20180101 090128Sumber: Aliff Syukri

“Apa yang LHDN lakukan ini bukan ingin menyusahkan atau bertindak kejam terhadap mereka sebaliknya kita mahu bersikap adil kepada semua pihak terutama pembayar cukai,” kata Syarein lagi.

Kalau takut terkantoi, mungkin dah boleh ambil langkah berjaga-jaga untuk turunkan gambar korang tu.

Ataupun update je rekod korang dan isytiharkan pendapatan sebenar. Tapi kalau tak buat salah tak payahlah takut, kan?

Baca:“Malaysia memang ramai orang bodoh jadi kaya”

Wakaa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.