Melawat ke zoo bukan sahaja menjadi aktiviti kegemaran kanak-kanak, malah yang dewasa pun masih excited kalau dapat tengok haiwan. Namun, untuk pengunjung sebuah zoo di China ini, mereka rasa seperti dipermainkan bila datang nak tengok serigala, namun anjing pula yang dipamerkan dalam sangkar serigala.
Menurut Oddity Central, baru-baru ini tular sebuah video tentang seekor anjing baka Rottweiler yang menggantikan serigala di Zoo Xiangwushan di wilayah Hubei.
Dalam video terbabit, dapat didengar pengunjung yang dikenali sebagai Encik Xu yang merakam haiwan itu bertanya,”Woof! Adakah kamu serigala?”
Menurut Encik Xu, dia ada bertanyakan staf zoo tentang haiwan terbabit dan ini jawapan yang diberikan.
Sebelum ini, memang ada serigala namun ia telah mati akibat umur yang telah tua,” katanya.
Setelah tular, seorang staf yang lain pula memberitahu Global Times bahawa memang anjing yang dipamerkan dalam sangkar serigala namun haiwan itu diletakkan di situ buat sementara waktu sahaja.
Difahamkan, anjing itu sebenarnya seekor anjing pegawal di zoo terbabit untuk mengelakkan orang asing menceroboh kawasan itu.
Selain itu, zoo tersebut juga dikatakan tidak menerima ramai pengunjung, jadi mereka mungkin ada masalah kewangan dan ianya tidak dapat diuruskan dengan baik.
Selepas video itu viral di pelbagai platform media sosial, jabatan perhutanan telah mengarahkan zoo terbabit untuk menurunkan papan tanda sangkar serigala untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengunjung.
Perkara ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang terhibur dan ada yang ‘bengang’ sebab rasa macam kena scam.
Selain itu, ada juga yang berpendapat pihak zoo sepatutnya menggantikan serigala dengan haiwan lain yang menyerupai binatang itu seperti anjing Husky. So, apa pendapat korang tentang isu ini? Patut ke tak patut dorang buat macam ni?
Sumber: Oddity Central, Global Times, YouTube VESA Channel
Baca: Singa Mati Dalam Kolam Kotor Tapi Pihak Zoo Keluarkan 3 Kenyataan Berbeza, Undang Marah Netizen