in

“Hidupnya sebatang kara, tanpa isteri & anak” – Berniaga Sandwich Hampir 40 Tahun, Kisah Uncle Ini Undang Sebak Netizen

Feature Image Uncle Tua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni dah banyak kali kita baca pasal kisah individu yang boleh dikatakan sudah berstatus warga emas dan masih bekerja bagi mencari duit untuk melangsungkan kehidupan harian.

Terbaru, laman Facebook @Soulusi, ada berkongsi kisah mengenai seorang lelaki tua yang berumur 80 tahun namun masih lagi bekerja.


https://www.facebook.com/541435649622622/posts/824540414645476?d=n&sfns=mo

 

Lelaki tua itu berniaga roti sandwich di hadapan pintu masuk Pudu, ICC pada setiap hari tidak kiralah sama ada panas atau hujan.

3
Sumber: facebook

 

6 1
Sumber: facebook

Dia menjual roti sandwich hanya menaiki motosikal dan mempunyai kotak penyediaan di bahagian tempat duduk penumpang dan ia diberi nama ‘Wilson Berger’.

Lelaki ini juga mengikut cerita dah berniaga hampir 40 tahun secara berseorangan kerana dia tidak mempunyai isteri atau anak dan ibu bapanya sudah lama meninggal dunia.

Lelaki ini juga mengatakan bahawa dia mampu untuk menjual 30 hingga 50 keping roti sandwich pada setiap hari dan ia cukup untuk menampung kehidupan hariannya disebabkan dia tidak mempunyai tanggungan.

2 1
Sumber: facebook

Tambahnya, dia menjual roti sandwich itu dengan harga Rm3 sahaja dan untung bagi setiap keping roti tak sampai seringgit.

“Untung tidak lah banyak, tapi kalau setakat nak buat beli teh tu cukup lah .”

“Saya lebih selesa berniaga sendiri dan tidak perlu berurusan dengan orang lain.” katanya.

Rata-rata netizen turut memuji lelaki ini yang masih berniaga walaupun sudah berstatus warga emas.

Komen Netijen 1
Sumber: facebook

Bagusnya uncle ni, walaupun dah berusia masih lagi nak berniaga cari rezeki sendiri. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Baca:“Reti buat anak je!” – Atuk & Nenek Terpaksa Kerja Keras, Kena Sara 6 Cucu Sebab Anak LEPAS TANGAN!

Nek Esah Jaga Cucu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.