in

“Hanya 3 menteri berani bersuara”

Sprm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal hari ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull mendedahkan perkara yang selama ini tersimpan di hatinya dalam satu sidang media khas di pejabat SPRM.


Menurut Berita Harian, Shukri mendedahkan dia bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed ada bertemu menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja mendesak supaya Datuk Seri Najib digantikan ketika itu.

“Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) ke, (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) ke, sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.”

Sprm
sumber: berita harian

“Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.”

Shukri juga mendakwa bahawa individu yang kini tidak lagi menjadi menteri ada menelefonnya menyatakan kekesalan kerana tidak mendengar saranan dulu. Selepas tidak berjaya meyakinkan menteri-menteri, Shukri dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.

Biodata Muhyiddin Yassin
sumber: blog

Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa.”

Semua yang berani bersuara waktu tu semuanya kena buang. Semoga penyiasatan kes ini akan lebih telus dan dapat diselesaikan dengan segera.

Baca: “Saya berjuang dapatkan duit rakyat tapi dituduh pembelot”

Dd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.