in

“Saya berjuang dapatkan duit rakyat tapi dituduh pembelot”

Sedih Sprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Skandal 1MDB ni bagaikan time bomb yang bakal meletop pada bila-bila masa. Dan hari ni, separuh daripada bom tu dah meletop apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull meluahkan segalanya dalam press conference khas yang diadakan di pejabat SPRM.


06938Cf945752C4124360214774A4Df8
sumber: malaysiakini

Menurut The Star, Shukri Abdull yang kelihatan sebak ketika menceritakan pengalamannya berkata, dia telah diganggu dan diugut pada 2015 ketika menyiasat kes penyelewengan wang 1MDB sehingga sebutir peluru hidup telah dihantar ke rumahnya. 

“Kami mempunyai sumber perisikan tersendiri sehingga saya rasa saya boleh ditangkap dan ditahan kerana didakwa berkonspirasi dalam menjatuhkan kerajaan,” kata Shukri sambil mengelap air mata yang jatuh.

Malaysiacorruption44076Jpg0Bcb8
sumber: the star

Malah beliau jugak berasa amat terkesan apabila sebaliknya dituduh pulak jadi pembelot sedangkan merekalah antara orang yang berjuang untuk mengembalikan wang yang dicuri daripada rakyat Malaysia.

Kami berjuang untuk dapatkan duit rakyat yang dicuri. Tapi sebaliknya kami pulak dituduh untuk jatuhkan negara, dituduh jadi pembelot,” kata Shukri lagi.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM ni lagi, kes 1MDB bukanlah cerita rekaan seperti yang dikatakan sesetengah pihak. Ia merupakan ‘kes besar’ yang perlu diberi banyak perhatian oleh semua pihak. 

Shukri sebelum ini telah berkhidmat dengan SPRM selama 32 tahun sebelum dia bersara pada 2016. Dia pertama kali menyertai SPRM pada tahun 1984 sebagai pegawai penyiasat lepas mendapat ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tonton video di sini:

https://www.youtube.com/watch?time_continue=208&v=WhyrRgTcMe8

Nantikan update terkini mengenai PC SPRM di Lobak Merah. Semoga kes 1MDB ni dapat diselesaikan dengan lancar. 

Baca: Kevin Morais Bocorkan Rahsia 1MDB 

Sarawak Report Editor Kevin Morais Leaked Information About 1Mdb To Me World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.