Orang kata, kalau gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukannya kita akan terus gagal dalam kehidupan ni.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @asoshiation, berkongsi pengalamannya daripada seorang yang pernah gagal dalam SPM dan kurang berjaya dalam perniagaan namun akhirnya berjaya menjadi seorang penterjemah Bahasa Korea sampai pernah bekerjasama menjayakan konsert Blackpink di Malaysia.
https://twitter.com/asoshiation/status/1190884257406705664?s=20
Lelaki ini menceritakan pada sebelum ini, dirinya pernah gagal dalam SPM kerana dia kurang berminat dalam pelajaran. Namun begitu, dia amat berminat dalam mempelajari Photoshop, muzik, dan sukan. Disebabkan itu, lelaki ini membuka syarikat design pakaian.
Malangnya nasib tidak menyebelahi dia apabila perniagaan design pakaian secara kecil-kecilannya itu kurang menguntungkan.
Lalu dia sedar bahawa pada masa itu, fenomena selebriti Korea sedang melanda masyarakat Malaysia dan dia bertekad untuk belajar bahasa korea secara sendiri dengan hanya merujuk buku dan internet sahaja.
I was able to sit down with the Korean ambassador in Malaysia and discuss on the importance of languages and culture between two countries.”

“Guna duit simpanan RM700 dan pindah ke Seoul sendiri”
Setelah yakin bahawa dirinya mampu berkomunikasi dalam bahasa korea dengan lancar, lelaki ini membuat keputusan untuk berpindah ke negara itu dengan hanya berbekalkan wang RM700 sahaja.
Tambahnya, dia tinggal di dalam dorm yang memuatkan 16 orang dan makanan hariannya adalah roti sahaja.
Setelah hampir 14 bulan tinggal di Korea, lelaki ini mengakui bahawa kefahaman dan kelancarannya dalam menguasai bahasa dan budaya korea pun bertambah. Hal ini kerana faktor persekitaran yang membantunya.

Kerjaya pemuda ini sebagai penterjemah bermula apabila ada kawannya yang berasal dari Korea mencari individu yang mampu menterjemah untuk konsert K-pop. Lantas dia terus mengambil tawaran itu. Konsert pertama yang lelaki ini jadi penterjemah adalah konsert iKON.

Tambahnya lagi, sepanjang terlibat sebagai penterjemah dalam konsert K-pop, konsert daripada kumpulan Blackpink adalah yang paling menarik. Menurutnya, konsert yang hanya berlangsung selama 2 hari itu mampu meraih 14,000 peminat.