in

“Diorang buang mayat abang aku dalam lombong” – Bunuh Semata-Mata Nak Curi Handphone & Dompet

Kenaragutsampaimaut 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terguris hati seorang adik apabila abangnya sendiri menjadi mangsa kekejaman orang-orang yang tak berhati perut ni.

Abang kepada Sahirman Roslan ini telah dibunuh dengan kejam sewaktu dia sedang memancing. Lebih mengharukan lagi, mayat abangnya ditemui keadaan menyedihkan sekali.


 

Mayat mangsa kemudian ditemui dekat semak dalam kolam berkenaan dengan kakinya kelihatan terapung

Terapung 1548246847
Sumber : metro

Lapor Metro,  pemeriksaan awal terhadap mayat mangsa yang dikenali Muhammad Azizul Roslan mendapati ada kesan jerutan pada leher, selain cedera di beberapa bahagian kepala termasuk lebam di mata kiri dan pipi serta telinga kiri.

Mangsa ditemui dekat semak dalam kolam ikan di kawasan Persiaran Kanthan 1, Kanthan Baru, Ipoh dengan kakinya kelihatan terapung,

Berdasarkan perkongsian adiknya Sahirman Roslan, dia meninggal dunia akibat bergelut dengan peragut. Baca kronologinya disini.

 

“Kemungkinan dia mati di darat, dan diaorang letak dalam air…Kami sekeluarga takkan maafkan orang yang punya angkara”

Kenaragutsampaimaut
Sumber : twitter

“Dia disamun masa memancing di lombong semalam. Kemudian bergelut or bergaduh, pastu diorang buang mayat abg aku dalam lombong. Mayatnya baru jumpa tengah hari tadi. Kami sekeluarga takkan maafkan orang yang punya angkara. AlFatihah utk abg aku. Muhd Azizul Bin Roslan.”

Pada waktu itu, mangsa sedang memancing berseorangan, dompet dan handphone hilang bahkan perkakas memancing berterabur.

Kesan jerutan di leher mangsa menggambarkan bahawa dia bergelut. Dia cuba nak mempertahankan diri dari serangan penyamun tu namun gagal, mangsa mati ditempat kejadian sebelum dihumban kedalam kolam.

“Dia memancing sesorang, yg jadikan kes samun sebab dompet handphone hilang. Dan barang pancing dia berterabur. Selipar jauh dari mayat yang menunjukkan dia bergelut. Joran dia patah 4. Nampak macam dia cuba pertahankan diri. Kemungkinan dia mati di darat, dan diorg letak dlm air.”

“Terima kasih yang mendoakan. Maaf aku tak dapat nak balas satu satu. Kita doa agar abg saya ditempatkan dikalangan orang beriman. Dan semoga pelaku itu dapat diberkas secepat mungkin.”

Ajal maut di tangan tuhan, memang perit bila untuk menerima hakikat bagi keluarga ini tapi tak ada cara lains elain daripada berdoa agar arwah ditempahkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-fatihah.

 

Baca: “Buat busuk nama Malaysia” – Video Pelancong Diragut Sampai Terpelanting

Ragutpelancong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.