in

“Diaorang pergi restaurant non-halal” – Company Buat Makan-makan, Bos Bagi RM150 Sebab Lelaki Ini ‘The Only Malay’

Featured Image Duit Rm150

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila nak dekat dengan sambutan Tahun Baru Cina mesti banyak company yang akan buat majlis makan-makan sempena menghargai para pekerja mereka.


Baru-baru ni seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya di laman Twitter yang mana dia tidak pergi ke majlis makan-makan company disebabkan mereka pergi ke restoran tidak halal.

Namun, lelaki ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh majikannya apabila dia juga mendapat wang sebanyak RM150 ringgit untuk pergi makan di mana-mana kedai yang disukainya.

Exchange Myr Rm To Sgd 1536995987 6392F5Ad Progressive
Gambar hiasan

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana rakan sekerjanya membuat keputusan untuk pergi sahaja makan di restoran tak halal kerana lelaki ini merupakan satu-satunya melayu dalam syarikat tersebut.

“Kalau diaorang pilih untuk pergi ke restoran halal hanya sebab aku sorang je, mesti awkward”

Dia juga sempat bergurau bila memuat naik gambar daripada group whatsApp yang mana rakan sekerjanya meletakkan gambar-gambar mereka di restoran tersebut.

“Aku syak dorang lupa aku kerja situ. Harey betul semua kat sana kot hantar gambar dalam group buat apa?” Katanya.

Eokkd6Ju0Ach3Yh 1
Sumber: twitter

Lelaki ini juga turut menegaskan bahawa tweetnya ini hanyalah gurauan semata-mata. Malah dia tidak berkecil hati dengan perkara ini.

Yelah, nak buat apa sentap, dapat RM150 kot.

 

Baca: “Tak sabar tengok muka staff ” – Sajat Belanja Pekerja Mancungkan Hidung Kat Thailand

Hidong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.