Banyak kisah yang pernah berlaku tentang ibu kandung dan anak yang terpisah selama bertahun-tahun sebelum mereka dapat berjumpa semula. Selalunya, anak tersebut telah dijaga oleh keluarga lain atas sebab beberapa faktor.
Pun begitu, satu kisah menyayat hati berlaku apabila seorang ibu dan anak kandungnya telah berjumpa setelah hampir tiga dekad berpisah. Satu hantaran yang dimuat naik oleh @atiliayusuf_ di TikTok telah mendapat perhatian ramai netizen.
Terpisah 27 tahun ketika anak masih kecil
Dalam video tersebut, Atilia menemani rakannya, Dayah untuk berjumpa dengan ibu kandungnya yang mesra dipanggil Makcik Jenani. Difahamkan, mereka terpisah sejak Dayah masih kecil.
Pada ketika itu, Mak cik Jenani diberi sepucuk surat untuk dibaca sebelum dia sedar akan kehadiran anaknya, Dayah sudah berada di hadapannya. Mak cik Jenani dilihat amat gembira dan terus memeluk erat anak kandungnya itu. Mereka berdua gagal menahan sebak dan menangis bersama-sama.
Artikel berkaitan: ‘Bestfriend’ Sejak Kecil, Wanita India & Melayu Ini Sebenarnya Adik Beradik Kandung
Artikel berkaitan: Ibu Cari Rezeki Di Negara Orang, Bertemu Kembali Dengan Anak Lepas 6 Tahun ‘Berpisah’
Bagi mengenang semula momen dahulu, Dayah telah menunjukkan beberapa gambar kepada ibunya dan mereka mesra bersembang tanpa rasa kekok walaupun sudah terpisah lama. Jelas Dayah terlalu rindu, dia tidak lepas daripada memeluk tangan ibunya sendiri.
27 tahun, akhirnya dipertemukan semula. Kasih ibu sampai ke syurga, InsyaAllah. I’m happy for you sis and aunty, you have a good daughter. – kapsyen video
Walaupun sudah berlainan agama dan Dayah dijaga oleh keluarga Muslim, hubungan antara anak dan ibu kandung itu tidak dapat dileraikan.
@atiliayusuf_ 27 tahun , akhirnya dipertemukan semula . Kasih ibu sampai kesyurga , insyaAllah . Im happy for you sis @Dayahhayadⓣⓒⓞⓜⓢ and aunty @Jenani Ponnu Jenani , you have a good dotter 🫠🥰 #fyp #fypシ #xyzbca #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok #fypシ゚viral #berandafypシ
“Allah mudahkan untuk jumpa..”
Rata-rata netizen sebak melihat video itu dan ingin mengetahui kisah sebenar dua beranak tersebut. Dayah dan Atilia bagaimanapun ada menjawab beberapa persoalan netizen di ruangan komen.
Min tak sabar nak dengar tuan badan cerita..
Sumber: TikTok