in

Pendaki Gunung Dedah Konon Wujud 3 Buah Kampung Makhluk Halus Di Bukit Broga?

Peta 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui tentang kewujudan makhluk halus yang ada di muka bumi terutamanya di kawasan hutan, bukit bukau dan sebagainya malah segelintir pendaki mungkin pernah merasai pengalaman mistik ketika meredah hutan.


Bagaimanapun, seorang pendaki gunung membuat pendedahan mengenai tiga buah kampung makhluk halus yang dikatakan terletak di banjaran Bukit Broga.

Kampung bunian di Bukit Broga?

Menerusi hantaran di Facebook, pendaki gunung itu mendakwa ada tiga jenis makhluk yang menghuni tiga kawasan di sekitar Bukit Broga.

Mungkin ramai yang tak tahu akan kewujudan tiga buah kampung makhluk halus di banjaran Bukit Broga. Ada tiga jenis makhluk halus di kawasan itu, pertama bunian, kedua orang hitam bercawat rendah-rendah dan satu lagi kita sembang tepi.

Walaupun bukit tersebut menjadi spot kegemaran para pendaki, ada beberapa pantang larang yang perlu dititik beratkan ketika melalui kawasan tersebut. Disertakan bersama peta, dia turut menanda beberapa kawasan larangan di Bukit Broga.

Artikel berkaitan: Kisah Misteri Di Sebalik Kampung Batu Puteh Di Johor, Ada ‘Perkampungan’ Bunian?

Artikel berkaitan: “Alam bunian kot tu?” [VIDEO] Ibu Seram Sejuk Anak Dakwa Nampak ‘Air Terjun’ Belakang Rumah

Kalau waktu lewat petang, mereka suka merayau dalam kawasan bulatan kuning atas peta dan anak-anak dara tu suka lepak ambil angin atas batu di puncak Broga. Jadi, nasihat saya kalau selepas jam 6 petang macam tu, jangan sesekali cross line merah yang saya buat atas peta. Cukuplah sampai lepak di peak 2.

Peta 1 1
Sumber; facebook

Pernah cuba disesatkan?

Sebelum ini juga, dia dan rakan-rakan lain pernah hampir ‘disorok’ oleh makhluk halus yang berada di sekitar itu setelah tersedar masih berjalan di tempat yang sama.

Terus terang, saya pernah pergi ketiga-tiga kampung ini dan beberapa kali cuba disesatkan dan dibawa main pusing-pusing. Last kena masa kami daki bulan puasa tahun lepas.. masa kena tu pusing-pusing tu, saya senyum sendiri je dan cuba secepat mungkin keluar supaya tak pergi jauh. Kalau tak silap kawan ada bisik kat saya “Kita dah pusing tempat sama Tok”, saya jawab “Diam dan ikut saya cepat, rapat-rapat.

Tambahnya lagi, dia turut mendakwa ada empat anak bunian yang mencari calon suami dan dia selalu mendengar suara azan di kawasan kampung itu. Pintu masuk ke kampung bunian itu adalah sebuah gua.

Dulu ada empat anak dara bunian yang mencari calon suami. Terakhir saya naik masa bulan mengambang bulan lepas, tinggal dua sahaja. Seorang kakak dan seorang lagi adik yang umur 10-11 tahun. Geng ni jenis jin Islam sebab kalau perempuan, mereka menutup aurat siap pakai jubah dan jilbab warna putih lagi. 

Selain itu, dia memberi amaran supaya para pendaki tidak memasuki gua dan membuat apa-apa perjanjian dengan makhluk itu.

Sering bunyi orang azan di kawasan kampung ni. Tanda kawasan muka kampung mereka ialah bonggol batu, pintu masuknya ialah sebuah gua. Dalam gua tu ada kampung, banyak rumah. Kalau anda terikut, jangan sesekali masuk ke dalam gua. Jangan sesekali setuju atau buat janji nak kahwin. Kalau kita ikut, kita sudah kena pukau.

Fuh meremang bila baca kisah ni…

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.