in

“Jangan ada kluster Broga pulak” – Individu Kongsi Gambar Pendaki ‘Beratur’ Nak Panjat Bukit Broga, Tak Jaga SOP

Untitled Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah berapa hari sebenarnya kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni? Mesti ramai dah lost count kan. Kalau sebelum ni hampir mati kutu dibuatnya terpaksa berkurung dalam rumah.


Sekarang, kerajaan dah benarkan kita keluar beriadah. Jadi bolehlah nak lepas gian berbasikal atau panjat bukit dengan bebas — tapi tetap perlu jaga SOP.

Namun lain pula ceritanya, apabila seorang pengguna Facebook ‘mengkhabarkan’ realiti sebenar yang berlaku di Bukit Broga hari ini. Umum tahu, Bukit Broga di Semenyih tu sememangnya lokasi tumpuan bagi mereka yang enjoy aktiviti panjat memanjat ni.

Hari ini 21 jun 2020Lagi jem dr smlm ?

Posted by Nor Azan Mat Adam on Sabtu, 20 Jun 2020

 

Gigih betul rakyat Malaysia nak beriadah dan meningkatkan proses metabolism tubuh masing-masing. Inilah semangat rakan muda yang kita nak, tapi bila dah sampai tahap kena beratur nak hiking — dengan tiada penjarakan sosialnya, macam mana pulak?

Netizen pun ada yang cakap ‘baik patah balik, jogging kat tasik je’ kalau macam ni rupanya.

Tak salah untuk kita melakukan aktiviti sihat macam ni, tapi jangan lupa sebab kita masih lagi dalam musim COVID-19. Walapun segala sekatan semakin dilonggarkan, namun ia tidak bermakna Malaysia sudah bebas sepenuhnya dari wabak tersebut.

Macam mana nak sifar jangkitan, kalau kita tak patuh SOP?

 

Baca: Ini SOP Ketika Nak Masuk Gym Bermula 15 Jun Nanti

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.