in

“Dakwa pernah dirogol”- Bapa Disyaki Bunuh Anak Perempuan Berusia 7 Tahun Sebelum Terjun Bangunan

Ft Bunuhanak

Jeritan seorang wanita mengejutkan jiran tetangga sebelum mereka bertindak menghubungi pihak polis. Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku pada 6.30 petang semalam selepas wanita itu mendapati anak perempuannya dan suami telah meninggal dunia.

Difahamkan, kanak-kanak berusia 7 tahun tersebut disyaki dibunuh bapa kandungnya di rumah mereka dekat Damansara Utama. Lelaki berusia 30-an warga Indonesia itu kemudiannya dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan kediaman tersebut.

Rape

Mayat kanak-kanak itu ditemui di dalam bilik rumah berkenaan dan mayat bapanya pula ditemui di kawasan parkir motosikal. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya telah menahan tiga individu warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Kami menahan tiga individu iaitu ibu kandung mangsa berusia 30-an serta dua penyewa lain di rumah berkenaan membabitkan sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50-an untuk siasatan lanjut.”

Mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

Ppum

Difahamkan, sebelum ini pihak polis ada menerima laporan yang mendakwa kanak-kanak itu dirogol bapa kandungnya. Susulan, siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Mayat kedua-duanya telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan pihak polis kini sedang menunggu hasil bedah siasat untuk siasatan lanjut.

Baca: “Tersengih macam tak rasa bersalah?” – Netizen Berang Suspek Campak Anak Tiri Tiada Perasaan

Ft Niggaaa