in

Lebih 1,000 Kanak-Kanak Mati Dalam Kereta Sejak 1990, Ini 7 Tips Elak Anak Jadi Mangsa ‘Heatstroke’

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan orang ramai cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang ditemui menangis berpeluh selepas ditinggalkan berseorangan di dalam kereta tanpa menghidupkan enjin dan tingkap yang terbuka kecil.


Sebelum ini pula, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pernah ditemui tidak sedarkan diri selepas ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika selama empat jam sebelum disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2021.

Manakala pada 28 April tahun yang sama, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia akibat strok haba setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya.

Ini menunjukkan insiden-insiden seperti ini sering berlaku, sama ada disebabkan ibu bapa yang berhajat untuk tinggalkan anak sementara di dalam kereta semasa membuat sesuatu urusan atau terlupa keluarkan anak.

Selain itu, kejadian seperti ini juga boleh berlaku apabila mereka masuk ke dalam kereta yang tidak berkunci sendirian tanpa pengetahuan ibu bapa.

Statistik kematian

Shutterstock 143372317.Jpg

Kalau korang nak tahun, hampir 1,000 kanak-kanak telah meninggal dunia kerana strok haba sejak 1990. Ini bermakna, satu kanak-kanak telah terbunuh di dalam kereta panas setiap 10 hari.

Kebanyakan kes ini adalah disebabkan ibu bapa terlupa, segelintirkan kerana kanak-kanak sendiri masuk ke dalam kereta tanpa pengetahuan ibu bapa dan peratus kecil kerana ibu bapa percaya tindakan meninggalkan anak di dalam kereta adalah selamat.

Boleh ke mati dalam kereta panas?

Bayi dan kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk maut selepas ditinggalkan di dalam kereta di mana 87% kanak-kanak yang meninggal ekoran kereta panas berusia bawah 3 tahun.

Agak bahaya untuk kanak-kanak dan bayi dibiarkan di dalam kereta dalam keadaan panas kerana mereka tiada kemampuan untuk mengawal suhu badan mereka.

“Jika cuaca di luar adalah 32ºc, di dalam kereta ia boleh meningkat dari 30ºc ke 55ºc dalam masa 10 ke 15 minit.” – Dr. Richard, Pakar Kanak-kanak.

Haba setinggi ini boleh menyebabkan suhu badan teras meningkat ke 41ºc sehingga menyebabkan strok haba.

Suhu panas boleh meningkat dengan cepat di dalam kereta sehingga ke tahap ekstrem dan menyebabkan badan tak boleh nak menampungnya.

7 tips elak anak jadi mangsa strok haba

Baby Car.jpg Scaled

Biasanya kes kanak-kanak meninggal di dalam kereta panas ini berlaku kerana ibu bapa terlupa. Perkara ini berlaku kerana ibu bapa yang terlalu penat boleh terlupa tentang anak-anak. Banyak yang percaya mereka telah menghantar anak ke taska sebelum menemui anak yang masih di dalam kereta atau tak sedar anak masuk sendiri ke dalam kereta.

Jadi, pakar kongsikan beberapa perkara yang boleh dilakukan supaya kejadian malang seperti ini boleh dielak.

1. Periksa sebelum kunci

Salah satu perkara yang korang boleh buat adalah menjadikan tabiat untuk sentiasa memeriksa kerusi belakang kereta setiap kali korang keluar kereta walaupun masa korang tak bawa anak keluar.

2. Letak barang yang diperlukan di kerusi belakang

Letak telefon bimbit, beg bimbit, laptop, makanan, kad akses, kasut atau apa-apa benda penting untuk kegunaan harian di kerusi belakang bersebelahan anak.

3. Bawa teddy bear

Letakkan teddy bear di dalam car seat anak anda. Jika bayi anda di dalam car seat, letakkan patung tersebut di sebelah kerusi pemandu sebagai peringatan bahawa anak ada dekat belakang.

4. Pastikan pintu kereta dikunci sentiasa

Walaupun korang letak kereta dekat dalam rumah dan pagar berkunci, pastikan korang kunci juga pintu kereta untuk elakkan anak korang masuk senyap-senyap ke dalam kereta.

5. Letak kunci di tempat tinggi

Pastikan korang letak kunci di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak-anak kerana mereka mungkin akan gunakan kunci tanpa pengetahuan korang.

6. Beri pesanan pada pengasuh

Sekiranya anak korang tak hadir ke taska atau sekolah tanpa diberitahu, minta pengasuh untuk hubungi korang dan bertanya tentang keberadaan anak.

7. Buat sesuatu bila nampak sesuatu

Sekiranya korang nampak kanak-kanak yang tinggal berseorangan di dalam kereta, terus hubungi polis.

Kalau korang nak tahu, kesalahan terbesar yang dilakukan oleh seseorang adalah memikirkan perkara-perkara seperti ini tak boleh berlaku pada mereka. Dengan pemikiran seperti ini, secara tak langsung korang telah mengabaikan langkah keselamatan.

Sebab tu kita tak boleh nak salah ibu bapa seratus peratus kerana ada kemungkinan perkara seperti ini boleh berlaku pada diri sendiri.

Sumber: today.com

 

Baca: “Mana mak ayah dia?” – Budak Terkunci Dalam Kereta, Ditinggalkan Hampir 40 Minit Tengah Panas

Tinggalkan Anak Dalam Kereta 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.