in

“Bukan kata takmau sokong Kedah dah ka” – Netizen Jeles Tengok Adik Viral Dapat Jemputan Ke Majlis Bersama Pemain Kedah

Untung Hang Noh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih ingat, tak lama dulu adik ini pernah viral sekejap gara-gara komen pedasnya terhadap pemain bola sepak Kedah yang kalah kepada Johor Darul Takzim pada Piala Malaysia lepas.


Sungguhpun sudah dipujuk, adik ni katanya masih kecewa dan terasa hati siap cakap lagi kalau Kedah kalah selepas ini, dia mungkin dah takkan sokong pasukan ni lagi. Namun hari ini, min terkejut jugak bila viral gambar adik tersebut bersama pemain bola sepak Kedah dalam satu majlis khas dua hari lepas. 

 

Adik viral dapat jumpa pemain Kedah??  

Menerusi perkongsian Facebook Kedah FC, beberapa keping gambar adik tersebut telah viral menunjukkannya gembira dapat bertemu dengan pemain Kedah.

Bakal player Kedah di masa hadapan???#adikviral

Posted by Kedah Fans Empire on Tuesday, November 5, 2019

 

Majlis tersebut katanya satu majlis khas yang telah diadakan pasukan Kedah sebagai tanda perpisahan buat dua pemain import skuad Hijau Kuning bagi musim 2019 iaitu Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman.

Yang terkejutnya, adik tersebut juga telah dijemput dalam majlis tertutup itu untuk meraikan dua pemain berkenaan. Untunglah ko dik! 

FERNANDO DAN BAUMAN DIRAIKAN DALAM MAJLIS MAKAN MALAM.En. Anas Hafiz Mustaffa, Naib Presiden KFA 1 merangkap Ketua…

Posted by FA Kedah on Tuesday, November 5, 2019

 

“Dok agak dah, viral punya pasal mesti dapat jumpa dengan player Kedah” 

Begitulah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan! Haa tuah adik ini dapat bertemu dengan pemain bola sepak Kedah mendapat pujian dan juga rasa ‘iri hati’ netizen lain tau. Bukan iri hati bersifat negatif tapi sekadar jeles-jeles manja gitulah…. 

Rejekii
sumber: facebook

Apa-apapun min doakan semoga adik ini berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukannya. Goodluck dik! 

Baca: “Perati je loghat dia tu, sedap pulak dengar” – Peminat Cilik Kedah Dipujuk Netizen, Ramai Teruja Dengar Loghat Pekat Adik Ni!

Kemain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.