“Perati je loghat dia tu, sedap pulak dengar” – Peminat Cilik Kedah Dipujuk Netizen, Ramai Teruja Dengar Loghat Pekat Adik Ni!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kekalahan pasukan bola sepak Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Takzim beberapa hari lepas memang memberi impak besar terutamanya kepada peminat cilik yang menyokong pasukan tersebut.

Rasanya ramai di antara netizen dah pun tengok video adik-adik ni yang kecewa gila dengan kekalahan negeri Kedah, siap ada yang baling baju, menangis dan bagi komen sedih lagi. Nah antara video-video yang viral di Facebook.

Sabaq wahai adik2 ku semua..bukan rezeki kedah tahun nie,takpa 2020 depa kata nak buat lain😁😎Ok selamat mlm zzzzz 😵😴

Posted by Skilo Myvi on Saturday, November 2, 2019

 

“Nak sokong Kedah lagi dak??”

Salah seorang penyokong cilik pasukan Kedah ni mendapat perhatian ramai disebabkan komen dan gelagatnya yang agak lucu dan menarik perhatian netizen. Petah pulak bercakap tu!

Disebabkan adik ni kecewa betul Kedah kalah lawan JDT, ada di kalangan netizen yang berjumpa dengan adik viral ni dan cuba memujuknya untuk kembali menyokong Kedah. Nah tengok videonya di bawah ni.

Menurut adik ni, pemain bola sepak Kedah sepatutnya menghargai sokongan peminat dari Kedah yang datang dari jauh ke Bukit Jalil demi nak menonton perlawanan bola sepak. 

Macam-macam dugaan yang dilalui penyokong Kedah ni katanya. Siap ada yang kena tahan dengan JPJ, bas rosaklah dan macam-macam lagi. Malah adik ni siap bagi nasihat lagi kat pemain Kedah.

Tudiaaa…. dik pandai noh hang cakap. 

 

“Hat ni aku sokong… dengan slang utagha dia pekat gila hahaha macam orang tua-tua dia bercakap” 

Rata-rata netizen yang melihat video ni memang salute habislah dengan adik ni sebab dia pandai dalam mengulas dan berkata-kata. Siap ada yang cakap budak ni sembang macam orang-orang tua pulak. Bijak sungguh aih! 

Sumber: Twitter

 

“Adik pi jadi pengulas masa perlawanan la dik. Puaih hati dengaq” 

Sumber: Twitter

Kepada player Kedah, kalau ada masa mai lah turun melawat adik ni. Pujuk dia bagi sokong Kedah balik tau! 

Baca: “Benda boleh bayar buat apa nak free?” – [VIDEO] Lawak Pula Tengok Abang Motor Ni Bayar Tol

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!