Budak 8 Tahun Mati Lepas Saluran Darah Otak Pecah Akibat Dipukul Emak Gara-gara Salah Buat Homework

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebagai ibu, penting untuk kita kadang-kadang bertegas dengan anak-anak tapi janganlah sampai memudaratkan anak tu sendiri sehingga terjadi kejadian menyayat hati.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang ibu secara tak sengaja telah membunuh anak perempuannya yang berusia 8 tahun sebab budak tersebut sering salah dalam menjawab soalan homework

Kejadian yang berlaku di China ini terjadi apabila budak perempuan tu katanya tengah buat homework sambil tonton kartun di TV pada waktu petang. Disebabkan dia tak fokus dalam membuat kerja rumah, budak perempuan tersebut buat banyak kesalahan.

Sumber: WOB

 

Ibu hilang sabar, pukul belakang kepala anak 

Ibu kepada budak terbabit kemudian memeriksa kerja rumah yang dibuat anaknya dan mendapati budak tersebut telah membuat banyak kesalahan. Akibat geram dan hilang rasa sabar, dia telah memukul anak perempuannya di belakang kepala.

Budak perempuan tersebut menangis akibat tidak tahan menahan kesakitan.

Kasihan melihat keadaan anaknya, si ibu tu kemudian mengambil sepaket kaki ayam dan memberikan ia kepada budak tersebut untuk memujuk. Nasib baiklah anaknya terima pujukan itu dan gembira apabila memakan kaki ayam tersebut.

Gambar hiasan

 

Ingat kaki ayam diracun, rupanya… 

Tak lama lepas tu, budak perempuan tersebut tiba-tiba mengadu sakit kepala dan muntah-muntah. Emaknya terus bawa ke hospital tetapi tak ada apa yang dia boleh buat kerana anaknya telah disahkan meninggal dunia pada malam tu jugak! Aduhai… 

Emaknya rasa sedih yang teramat dan ingat mungkin kaki ayam yang dimakan anaknya tu beracun serta jadi punca kenapa anaknya meninggal dunia.

Tapi ternyata tekaannya silap kerana doktor beritahu yang anak mati sebab ‘penguncupan serebrum’ – iaitu situasi di mana otak mengalami trauma akibat kecederaan pada tisu otak yang lebam.

Sumber: WOB

Puncanya? Akibat pukulan kuat si ibu tu! Aduhai.. Ibu kepada budak perempuan tersebut ternyata sedih dan menyesal atas tindakannya.

Kepada ibu bapa, nak pukul anak tu pun berpada-padalah. Jangan pukul pada bahagian sensitif macam kepala dan muka. Bila dah jadi macam ni, menyesal sungguh kan?

Baca: “Anak mati baru nak menyesal” – Dah Letak Bendera Amaran Tapi Pengunjung Masih Tak Endah Larangan Dekati Pantai?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!