in

Anak Baru Umur 9 Tahun Terima ‘Surat Cinta’ Buat Bapa Naik Darah!

Fi Surat Cinta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cinta monyet masa zaman sekolah dulu tu perkara biasa…Siapa je tak pernah experience ada crush dulu, ya dak? Korang pernah tak dapat surat cinta masa zaman sekolah dulu? 

Selalunya surat cinta budak-budak, cinta monyet ni orang akan nampak macam comel je. Ya lah masa kecil kan belum matang lagi. Lagi-lagi kalau baca ‘surat cinta’ budak sekolah rendah.


Tipulah kalau korang tak pernah dengar pantun “pen merah pen biru, you marah I love you” atau “pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas” masa zaman balas surat cinta dulu kan…

Bila diingat balik, rasa macam comel je hantar surat cinta. Tapi, video perkongsian daripada ibu ini mungkin akan buat korang semua terkejut dengan surat cinta anak dia.

https://www.tiktok.com/@ammi.miazill_kaklong/video/7062611016575700251?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8BjeEF5QIQYCn%2BLzxKlWp8aJpIJU9iyYnonyMnYcBDNaiZncl6kOU74HPSglggx%2FVpj3UjrWC3Aiw08nXGgA%3D&checksum=6bf8e75267c32c4b1ab67111893a6f506137b4809c4a4ff45779f9faec571fa3&language=en&mid=6586947002464996102&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7062611016575700251&share_link_id=2BAA73F3-C7E3-46C2-88B0-34682D61D125&source=h5_t&timestamp=1644475194&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1

Anak dara baru darjah 3 dah dapat surat cinta

Menurut @ammi.miazill_kaklong ini, anak perempuannya yang baru berusia 9 tahun mengadu terima ‘surat cinta’ di sekolah. Namun, isi ‘surat cinta’ tersebut sangat mengejutkan sehingga membuat ayahnya naik darah!

Pada mulanya, surat itu kelihatan seperti surat cinta biasa. Tetapi, jika dilihat isi dalamnya, terdapat lukisan ‘orang lidi’ berbaring di atas katil dengan tulisan nama budak lelaki itu dan anaknya. Sangat mengejutkan bagi budak yang baru sahaja berumur 9 tahun untuk melukis perkara sebegitu!

Sebagai ibu bapa, mereka tanpa ragu-ragu bertindak untuk membuat laporan kepada guru kelas anak mereka dengan harapan pihak guru dapat membantu untuk memberi nasihat dan memantau pelajar lelaki berkenaan.

Di ruangan komen, ramai yang terkejut dan seakan tidak percaya bahawa budak di usia itu berani buat lukisan sebegitu.

Komen Sc

Ibu bapa juga dinasihatkan agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak termasuklah media sosial mereka supaya perkara sebegini dapat dielakkan.

Baca: Sahabat sejati- [VIDEO] Netizen Puji Budak Sekolah Bantu Kawan Angkut Beg Berat Turun Tangga

Baca Surat Cinta

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.