in

“Boboiboy & Senario pun ada?!” – [VIDEO] Ramai Terhibur ‘Remix’ Lelaki Ini, ‘Smooth’ Macam Lagu Baru!

Page Nyanyi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya, ada tak kawan-kawan korang yang kalau menyanyi tu, suka hati diorang je campur-campur lirik? Bukan semua masuk pulak tu. Time tu memang nak mintak stop je diorang menyanyi!


Tambah pula dengan sekarang ni, banyak muzik yang orang suka remix… Ikutlah kalau remix tu menjadi, memang akan jadi lagu harian untuk orang ramai dengar. Bukan senang tau nak campur lirik untuk jadikan satu lagu ni sebenarnya.

Seperti satu video TikTok milik @lukmanjah yang lalu di FYP min, memang boleh kata lelaki ini power sebab campur lirik dari beberapa buah lagu yang familiar kita dengar. Terasa macam lagu baru!

@lukmanjah

Reply to @mielatashaa._

♬ original sound – iluk caberawit (bukan lisa) – iluk (bukan lisa)

Video yang dirakam sebagai balasan komen dari salah seorang pengguna TikTok, dia menggabungkan lagu dari Rahimah Rahim iaitu Gadis Dan Bunga, lagu tema Imam Muda, Boboiboy dan juga Senario. Memang smooth habis lah lagu dia!

“Aku nk joget ni oii asal salah lagu arghhh” – Komen netizen

Bukan itu sahaja, rata-rata di bahagian komen mengatakan remix lelaki itu ‘menjadi’ kerana ada yang sampai lupa lagu asal Gadis Dan Bunga siap bagitahu lagu ‘baru’ lelaki itu melekat dan kerap dinyanyikan tanpa sedar.

Tiktok Full 5

Difahamkan juga, ramai yang minta untuk lelaki untuk menyambung lagu itu dengan lirik dari lagu-lagu yang lain pula kerana mereka terlalu kagum dengan rentak dan juga tempo yang digunakan oleh lelaki itu.

Suara awak dah lah sedap! Betul lah apa yang korang cakap, melekat sampai sekarang remix lagu dia ni. Dari tadi dok usaha nyanyi ‘menuju dia ke kota~~’ je ni sebab taknak lupa. Hahaha!

Baca: “Semangat!” – [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Tok Ti ‘Menjerit’ Masa Nyanyi Lagu Bunda HKE

Untitled 3 7

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.