in

“Semangat!” – [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Tok Ti ‘Menjerit’ Masa Nyanyi Lagu Bunda HKE

12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja tak kenal penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza? Pernah digelar Penyanyi Nombor 1 Negara, beliau memang jelas dikenali sebagai penghibur yang boleh menyanyikan pelbagai jenis lagu, termasuklah irama Malaysia dan balada.


Tapi pernah tak korang tengok Siti Nurhaliza ‘menjerit’ atas pentas? 

Baru-baru ini, penyanyi yang turut dikenali sebagai Tok Ti itu telah membuat penampilan istimewa di program Meletop bersama penyanyi veteran Indonesia, Hetty Koes Endang atau Bunda HKE dalam segmen battle, di mana mereka perlu menyanyikan lagu sesama sendiri.

Menarik pada segmen itu, Tok Ti perlu menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku dendangan Bunda HKE. Tidak mengejutkan, nyanyian dari Tok Ti sememangnya lunak didengar tidak kiralah lagu apa yang diberi.

Namun, mengejutkan apabila Tok Ti secara tiba-tiba menjerit ‘Semangat’ atas pentas yang boleh dikatakan sebagai trademark kepada Bunda HKE ketika mendendangkan lagu tersebut.

Melihat gurauan spontan itu, Bunda HKE serta Nabil dan Uyaina sebagai hos nampak terkejut dan tidak dapat menahan tawa mereka.

“Tokti jerit pun ayu” – Netizen

Min pasti mesti ramai antara korang yang first time jugak tengok Tok Ti menjerit kan? Begitu juga rata-rata netizen di ruangan komen Tiktok rasmi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kagum dengan keupayaan penyanyi itu. High pitch sungguh ni!

5 Vert

Klip penuh bagi battle antara Tok Ti dan Bunda HKE boleh ditonton melalui laman Youtube Meletop.

Ini bukanlah kali pertama Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ini, di mana beliau pernah berduet dengan Bunda HKE dalam konsert Satu Suara Vol. 2 pada tahun 2015.

Tak pernah dengar suara Tok Ti setinggi tu, kan? Kalau nyanyi lagu Madah Berhelah mesti best ni.

Baca: “I deserved it” – Adibah Noor Akui Layak Dapat ‘Bottom 3’ Lepas Ubah Lagu Bunda HKE Jadi Dikir Barat

4 6

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.