in

Berpantang Maut Sebelum Ajal! Tiga Mangsa Hampir Maut Jalan Mendap di Laluan Utama Jemaluang-Mersing

Page Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuaca di Malaysia agak sejuk sejak dua menjak ini kerana hujan yang berpanjangan. Tatkala, orang ramai sedang dibuai mimpi dengan cuaca sejuk bak di oversea, telah terjadi kejadian tanah mendap di jalan raya yang hampir meragut tiga nyawa.


Menurut WORLD OF BUZZ, tiga mangsa hampir maut selepas jalan raya yang mereka gunakan mendap di laluan utama Jemaluang-Mersing. Menurut Sinar Harian, kejadian yang berlaku awal pagi tadi terjadi berdekatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing yang kini ditutup bagi tujuan keselamatan dan proses pembaikan.

Jalan1Blur
sumber: wob

Mangsa Swee Ah Peng, 60, bersama dua penumpangnya yang menggunakan jalan tersebut ketika kejadian terkejut apabila tanah di situ mendap seluas 70 meter dan sedalam 15 meter sekaligus menyebabkan kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung tanah mendap tersebut.

Jalan6
sumber: mmo

Walau bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka kerana ketiga-tiga mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Namun begitu, difahamkan hanya Swee yang dibawa ke hospital manakala dua lagi mangsa telah meneruskan perjalanan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Jalan2Blur
sumber: wob

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata mereka telah menerima panggilan kecemasan pada 2.30 pagi daripada orang awam menyatakan kejadian tanah runtuh telah berlaku di tempat kejadian.

“Mangsa bersama penumpang tidak mengalami kecederaan serius dan Swee telah dirujuk ke Hospital Mersing bagi pemeriksaan lanjut.”

Sementara itu, laluan tersebut telah ditutup kerana kini tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan ringan mahupun berat. Oleh itu, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif melalui jalan Nitar-Jemaluang untuk ke Johor Bahru mahupun Mersing.

Jalan4
sumber: wob
Jalan5Blur
sumber: wob

Dilaporkan JKR Mersing telah mengeluarkan kenyataan berkata kerja-kerja pemasangan tanda amaran telah dilakukan di lokasi kejadian bagi mengelakkan pengguna daripada menggunakan jalan tersebut.

“Pasukan bertindak juga sentiasa memantau keadaan di tapak dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu mengikut laluan alternatif dan berhati-hati.”

Hati-hati semua. Mujur mangsa terselamat.

Baca: Lebih 100 Rumah Tenggelam dan Kereta Terapung Akibat Banjir Kilat di Pulau Pinang

Jalan8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.