in

“Benda mcm ni pun ada org jual?” – Dakwa Gelang Boleh Halang Covid-19, Penjual Kena Kompaun RM50,000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak awal-awal PKP haritu ada viral pasal gelang yang boleh cegah Covid-19? Haa.. ada lah pihak yang tak bertanggungjawab jual gelang yang kononnya boleh cegah Covid-19 tu. Gelang entah apa-apa pastu claim boleh cegah penyakit. Senang betul buat duit.


Baru-baru ni, ada penjual yang kena kompaun sebab jual gelang tu. Kompaun RM 50,000 weh. Free-free je bayar kompaun sebab nak senang buat duit sangat. Korang tengok tweet @hmetromy kat bawah ni

 

Siapalah yang percaya?

Rupa macam getah rambut je, tapi harga sebenarnya RM580 tau satu. Yang tangkap tu penguatkuasa KPDNHEP lepas dapat laporan pasal isu ni. Kalau penguatkuasa tak kompaun, memang ramai lagi lah orang yang akan beli sebab keliru dan terpedaya dengan dakwaan tak masuk akal ni.

Betul, kalau harga bawah RM50 tu nak percaya tak apa lah juga. Ni sampai dekat RM600 tu agak-agaklah kan. Mahal tu!

Kalau betul dengan gelang boleh cegah Covid-19, pegi bagitahu WHO sana tu. Senang pakai gelang tak payah vaksin bagai.

Ni pun satu masalah gak. Admin pernah tengok video orang pakai kad waktu isi minyak. Katanya boleh pecahkan particle apa benda ntah. Pelik-pelik je claim itu ini.

 

Baca: “Macam getah rambut je” – [VIDEO] Ada Yang Jual Gelang Covid-19, Katanya Boleh Lindungi Diri Dari Virus?

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.