Buat masa sekarang, cara terbaik untuk menghalang diri kita daripada dijangkiti Coronavirus adalah dengan amalan penjarakan sosial, pemakaian mask dan sentiasa basuh tangan. Yang terbaik, kalau takde apa-apa urusan penting, duduk je di rumah. Vaksin Covid-19 pun masih lagi dalam penyelidikan.
Namun, ada juga yang cuba untuk mengambil kesempatan dalam kesempitan apabila ada wanita yang menjual gelang Coronavirus yang didakwa boleh menghalang diri kita daripada dijangkiti wabak itu.
https://twitter.com/ottel/status/1260975075395854337
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Twitter, @ottel semalam yang menyifatkan produk itu sebagai tidak logik. Difahamkan, wanita tersebut bertindak mempromosikan gelang Covid-19 terbabit menerusi Facebook.
Menurut wanita dalam video terbabit lagi, gelang itu baru sahaja mula dijual beberapa hari lalu dan telah laris terjual. Sape lah yang beli agaknya kan?
Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga mendakwa produk gelang Coronavirus tersebut telah mendapat anugerah Nobel. Hebat sangat produk dia.
Namun, ada netizen yang menyangkal dakwaan penjual itu sebab katanya bukan senang nak dapat Nobel Prize dan sangat lah tak logik dalam masa dua hari dah dapat anugerah tersebut. Virus Covid-19 pun baru je beberapa bulan serang kita.
Harga dia pun boleh tahan jugak, sampai RM700 weh!
Rata-rata netizen juga tidak mempercayai bahawa produk tersebut boleh mengurangkan risiko jangkitan virus korona.
Rasanya buat masa ni, lebih baik korang pakai mask dan amalkan social distancing je untuk elakkan penyebaran virus ni.
Baca: “Level abuja dah ni” – Rupanya Ada Pusat Rawatan Islam Yang Claim Boleh Tangkap Covid-19 Dalam Botol