in

Bapa Tiri Durjana Ambil Kesempatan Cabul Anak Sewaktu Ketiadaan Isteri di Rumah

Cabul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun bukan bapa kandung, seorang bapa tiri haruslah menjalankan tugas yang sama dalam menjaga dan mendidik anak tiri mereka. Yelah janganlah sebabkan anak tu anak tiri, anda boleh berkelakuan durjana. 


Namun seorang lelaki dari Kanowit, Sarawak telah berkelakuan sebaliknya apabila dia disyaki mencabul anak tiri perempuannya yang berusia 10 tahun. Menurut Harian Metro, lelaki berkenaan telah didakwa mencabul mangsa sebanyak dua kali di rumah panjang antara bulan Julai dan Ogos lalu sewaktu isterinya keluar ke kebun.

Cabul
gambar hiasan

Menurut sumber, perbuatan lelaki berkenaan mula terbongkar apabila guru di sekolah menyedari akan perubahan sikap pada diri mangsa.

“Mangsa kemudian dipanggil gurunya sebelum mendedahkan perbuatan keji bapa tiri yang menjadi punca perubahan sikapnya.”

Selepas mendengar pengakuan tersebut, guru mangsa kemudian bertindak membawa mangsa ke Hospital Sibu untuk menjalankan pemeriksaan sebelum ke balai polis untuk memfailkan laporan.

C9428Dc0Ffa6B8913C9537Fec844037A
gambar hiasan

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki berkenaan di Balai Polis Kanowit pada jam 2.30 petang.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Kanowit pagi esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (d) dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”

Makin menjadi-jadi perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh bapa kepada anak mereka…

Baca: Gadis Nekad Bunuh Diri Selepas Ibu Abaikan Aduannya Dicabul Bapa Beberapa Kali

Capture 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.