in

“Patut lempang je” – Kereta Kena Langgar, Rupanya Dalam Budak 10 Tahun Tengah Ajar Kawan 9 Tahun Bawa Kereta

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Budak-budak zaman sekarang ni makin berani betul. Ingatkan paling teruk dorang bawa basikal lajak je merempit tengah jalan, rupanya ada jugak yang lagi advance!



Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter, TeD, telah memuatnaik beberapa gambar menunjukkan dua kereta yang terlibat dalam kemalangan. Tengok dari keadaan kereta dalam gambar tu, remuk jugalah…

Menurutnya, kereta dalam gambar tersebut adalah kereta pakciknya dan Honda telah melanggar kereta pakciknya ini dari tepi.

Yang mengejutkan, bila tengok pemandu, sekali budak-budak yang bawak. Sekolah rendah lagi tu!

Menurut TeD, bila ditanya, rupa-rupanya budak yang berumur 10 tahun tengah ajar kawan dia yang berumur 9 tahun bawak kereta. Aduh dik, beriya sangat nak bawak kereta ni dah kenapa?

Kepada mak ayah semua, harap dapatlah pantau anak-anak sebaik mungkin dan jangan letak kunci kereta dekat tempat yang anak-anak senang nak ambil. Paling penting, jangan tinggalkan kunci dalam kereta terbiar je…”

Ekoran dari tweet ini, netizen turut kongsikan pendapat dorang tentang budak-budak yang berani sangat bawa kereta ni.

Screenshot 2019 07 03 At 4.22.38 Pm

Ish, bahaya betul lah. Ni nasib baik tak ada cedera ke apa. Kalau dah cedera kan dah susahkan orang lain?

 

Baca: “Boleh mati budak tu!” – Geng Budak Sekolah Belasah, Pijak Kepala Kawan Sampai Kejang Dekat JB!

Screenshot 2019 07 03 At 4.27.58 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.