“Ayah tinggalkan karier demi saya” – Anak Sham Visa Luah Perasaan, Bangga Dengan Pengorbanan Jatuh Bangun Ayah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Salah satu peserta yang menarik perhatian ramai dalam Gegar Vaganza 2019 kali ini ialah Sham Visa yang juga dikenali sebagai Tony Stark Malaysia.

Penampilan Sham yang berbeza dari gayanya yang kita kenal sebelum ni memang membuka mata orang ramai yang manusia boleh berubah mengikut perubahan waktu. Handsome lain machiam Abang Sham kita sekarang. Klon Robert Downey Jr wehh! 

Walau bagaimanapun, tak ramai yang tahu kehidupan Sham sebelum dia kembali famous dan masuk Gegar Vaganza. Menurut posting anaknya di Twitter bernama Shakir, Sham telah membuat banyak pengorbanan termasuk meninggalkan kariernya demi membesarkan anak-anak. 

 

“Ayah tinggalkan kariernya demi besarkan saya. Dia tinggalkan perkara yang paling dia cinta dalam hidup demi memberi ruang buat saya…” 

Shakir yang retweet gambar perubahan ayahnya dari dulu dan sekarang ini berkata, penyanyi tersebut telah membuat banyak pengorbanan hidup demi membesarkannya semasa kecil dahulu.

Ayah tinggalkan kariernya demi besarkan saya. Ayah tinggalkan perkara yang paling dia cinta dalam hidup demi beri ruang buat saya. 

“Pengorbanan yang seseorang buat untuk orang lain jarang terlihat. Saya amat menghargai ayah. Saya sayang ayah lebih daripada segala-galanya. Terima kasih untuk semuanya.” 

 

“Beliau seorang professional worker NIOSH. Bukan calang-calang orang ni” 

Luahan Syakir ini mendapat pelbagai komen daripada netizen, malah ada juga salah satunya mengakui Sham ini bukan calang-calang orang. Dia seorang pekerja profesional di NIOSH dan pernah bertugas sebagai abseiler off-shore. Hebat! 

Sumber: Twitter

 

“The way you tweet here, proof that he’s raising you very well” 

Apa-apapun luahan hati Syakir ini membuktikan bahawa Sham telah berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik sekali, puji netizen. Ramai yang mendoakan semoga Sham berjaya dalam GV dan terharu dengan pengorbanan yang dicurahkan penyanyi ni buat keluarganya.

Sumber: Twitter

Terharu min baca luahan anak Sham ni. All the best for GV ye! 

Baca: “Kalau letak Tokti pun sah-sah terkeluar” – Netizen Bengang Kool Salahkan Farawahida Punca Mereka Gagal GV Minggu Keempat?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!