Satu poster dari sebuah institut pengajian awam, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang menjadi tumpuan warga maya berikutan dengan gambar yang dipaparkan dalam hantaran berkenaan.
Poster tersebut adalah poster ucapan tahniah buat Prof. Dr. Zarina Shukur yang telah dilantik semula sebagai penyelaras program.
Dalam gambar tersebut, penampilan Dr Zarina menjadi tumpuan netizen dan mereka menyalahkan jurufoto yang dianggap tidak cakna sebelum merakam gambar beliau.
Artikel berkaitan : Netizen Seberang Puji Pengurusan Korban Di Malaysia Jauh Lebih Profesional & Bersih!
Artikel berkaitan : “Nampaknya promosi berkesan…” – Dikritik Teruk Oleh Netizen, RTM Dedah Pembuat Sebenar Poster Viral Drama

Dalam pada itu, ramai juga yang menganggap perkara itu bukanlah satu masalah besar kerana ia adalah imej pensyarah tersebut dan ada juga yang tidak ambil pusing berkenaan hal itu.
![]()

Bagaimanpun, ada juga netizen yang menggunakan teknik Kecerdasan Buatan (AI) untuk memperbaiki mutu gambar tersebut dan menunjukkan hasilnya.

Terpanggil dengan ‘bantuan’ yang diberikan netizen, admin Facebook fakulti ini tampil memberikan respon di ruangan komen dengan melancarkan satu pertandingan buat mana-mana netizen yang mampu menghasilkan suntingan gambar AI.
Gambar yang meraih jumlah likes terbanyak bakal menerima hadiah istimewa daripada Prof Zarina sendiri.

Sehingga setakat artikel ini ditulis, masih belum diketahui siapa pemenang pertandingan tersebut yang mana penyertaannya akan ditutup pada jam 5.00 petang hari ini (11 Jun 2026).
Sumber : Facebook
