in

Apa Najib Akan Buat?

Ayoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari mengundi dah dekat gais! Biasalah bila time-time macam ni banyak orang duk bercakap pasal apa taktik segelintir individu untuk raih undi atau taktik kotor yang akan digunakan sesetengah pihak.



Menurut Malaysiakini, semalam peguam, Mohd Haniff Khatri Abdulla dedahkan empat perkara yang mungkin akan dibuat oleh Najib menjelang pemilihan pada Rabu nanti. Ini dikatakan untuk mengelakkan Malaysian tsunami selain memastikan BN dan Najib kekal berkuasa.

Najib mungkin lari keluar negara sebelum keputusan diumum 

Ni Haniff senaraikan empat perkara yang mungkin akan dibuat oleh PM sementara kita:

  1. Guna pengundi hantu
  2. Isytihar undang-undang kecemasan
  3. Umum undur diri sebagai PM sementara
  4. Lari keluar negara sebelum keputusan
750B1Ae12E6C6B9814B58E96546671Fa
sumber: blog

Datang awal untuk elak pengundi hantu digunakan

Haniff beri amaran kat warga Kluang, Johor yang Najib mungkin akan guna pengundi hantu untuk menang pilihan raya, jadi ni cara nak elak:

“Cara nak hentikan penipuan ni, pengundi kena datang awal untuk mengundi. Datang dalam pukul 8 pagi ke tengah hari macam tu. Bila ramai pengundi muncul, tak boleh la guna pengundi hantu,” kata Haniff.

Undur diri sebagai PM sementara

Haniff juga dakwa Najib mungkin akan guna Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang membolehkan undang-undang isytihar kecemasan supaya Najib kekal berkuasa. Perkara ketiga yang mungkin akan dibuat Najib menurut Haniff adalah undur diri sebagai PM sementara mungkin sehari dua sebelum pemilihan.

“Dia boleh buat deal dengan bakal pengganti untuk tidak mendakwa dia. Tapi rakyat jangan jatuh dalam perangkap dan teruskan undi parti yang betul supaya dia didakwa dan dibicarakan dengan adil.”

1422895 755469651146102 1243767796 N
gambar hiasan

Jangan takut mengundi untuk perubahan!

Yang terakhir, Haniff menyatakan yang Najib mungkin akan lari dan keluar dari negara beberapa jam sebelum keputusan pemilihan dibuat, jika dia tidak menang. Kalau tu betul-betul jadi, PM yang baru dilantik akan meminta dia segera kembali untuk didakwa.

Akhir kata, Haniff menggesa rakyat agar tidak takut mengundi untuk perubahan! So, korang make sure buat pilihan bijak!

Baca: SPR Tersalah Bagi Informasi, Ini Cara Betul Nak Pangkah Undi

Adcsc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.