in

SPR Tersalah Bagi Informasi, Ini Cara Betul Nak Pangkah Undi

Undi Tanda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari keramat kita, iaitu hari PRU dah nak tiba! Masing-masing dah berdebar, bukan calon je malah yang pengundi pun berdebar sebabnya masing-masing mengharapkan parti yang dorang pangkah tu akan menang dan boleh tadbir negara kita.


Disebabkan sesi pangkah memangkah ini diadakan lima tahun sekali, maka ramai lagi yang dok konfius macam mana sebenarnya nak pangkah kertas undi dorang. Macam baru-baru ini, tiba-tiba tular sekeping gambar yang tunjukkan cara pangkah dengan betul. Tapi… betul ke cara pangkah tu?

Img 20180506 Wa0005
sumber: twitter

Betul ke?

Daripada gambar tersebut, dorang bagitahu cara sebenar memangkah adalah dengan memangkah dari sudut ke sudut, manakala kalau tak tepat kena sudut-sudut tu, dianggap undi tersebut tak valid. Ramai yang percaya kenyataan yang datangnya entah dari mana, tapi sebenarnya kenyataan tersebut totally SALAH.

SPR tersalah bagi informasi

Untuk pengetahuan korang, tak kisah korang pangkah kecil or besar, semuanya akan dikira asalkan pangkah tersebut tak terlebih daripada kotak. Kekeliruan ni berlaku mungkin disebabkan kenyataan yang diberi oleh pihak SPR melalui radio baru-baru ini, di mana dorang cakap tanda pangkah tu kena 75% daripada kotak yang disediakan.

Tapi lepas keluarkan kenyataan itu, pihak SPR minta maaf sebab tersalah bagi informasi. Aikkkk… Kemungkinan besar sebab itu lah ramai yang keliru saiz sebenar pangkah yang sepatutnya.

Thumbnail
gambar hiasan

 

Ikut cara undi yang betul!

Nah ni admin bagitahu korang cara untuk mengundi step by step okay!

  1. Masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal pintu masuk
  2. Bagi IC dan slip semakan dekat Kerani Pengundian Pertama. Tunjuk tangan korang untuk diperiksa dan pastikan tangan bersih daripada apa-apa dakwat kekal
  3. Bergerak ke Kerani Pengundian Kedua. Letak tangan atas pad dakwat kekal untuk calit jari dan tunggu nama dipanggil
  4. Kerani Pengundian Pertama akan buat tanda pada nombor dan nama dalam buku daftar pemilih. Then boleh dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon. Pilih satu je okay!
  6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
  7. Keluar segera dari tempat mengundi

Haaa senang je kan? Apa-apa pun admin nak pesan, korang buatlah undian yang bijak ye!

Baca: Betul Ke Beri Wang Atau Bantuan Kepada Rakyat Semasa PRU Adalah Salah?

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.