in

Anwar Nak Tanding Kerusi Pekan?

Pek1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang jangan terperanjat sebab PKR tak menolak kemungkinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan! Wow! Menurut mStar, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tapi perkara ni bergantung pada perkembangan semasa kes mahkamah yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak yang merupakan penyandang kerusi berkenaan.

Pek1
sumber: the coverage

“Buat masa ini belum (buat keputusan) tapi kita tengok apa yang berlaku dengan Parlimen Pekan.

“Saya rasa mungkin akan berlaku dalam bulan-bulan akan datang di mana banyak daripada kes-kes yang mungkin di mahkamah atau akan masuk di mahkamah akibat daripada siasatan SPRM mungkin kita boleh lihat keadaan bagaimana nanti,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan bahawa suaminya akan bertanding merebut kerusi Parlimen.

Pek3
sumber: the coverage

Tapi Wan Azizah menjelaskan yang kerusi Parlimen yang mana menjadi pilihan itu terpulang kepada Anwar. Tak cukup dengan tu, ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sedia mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar jika diminta berbuat demikian.

Tapi sehingga sekarang Anwar masih belum pun buat keputusan kerusi parlimen mana yang mahu ditandingi. Fahmi menambah yang Anwar dah bersedia untuk pergi ke mana-mana kerusi Parlimen.

Pek2
sumber: airtimes

“Itu satu kepastian kerana saya percaya bukan sahaja sudah bersedia ke Parlimen malah rakyat Malaysia juga bersedia nak melihat Anwar sebagai pemimpin dalam persada politik.

“Saya percaya banyak tempat yang ada buat Anwar, Parlimen Lembah Pantai ada Selayang ada Setiawangsa, Pekan pun ada,” katanya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan kini tengah berhadapan dengan pelbagai kes. Tulah!

Sama-samalah kita nantikan kerusi mana yang Anwar bakal tandingi nanti.


Baca: [AUDIO] Anwar Gelar Azmin ‘Barua Mahathir’?

Pek1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.