in

[AUDIO] Anwar Gelar Azmin ‘Barua Mahathir’?

Nuarmin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, tersebar rakaman suara yang kononnya mirip suara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengutuk keras Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Tun M di media sosial.


Menurut Malaysiakini, rakaman suara ni muncul ketika wujud spekulasi yang dakwa Mahathir dan sekutunya cuba tekan kemajuan politik Anwar dan bakal penggantinya untuk jawatan Perdana Menteri.

11
sumber: malaysiakini

Lebih sensasi, rakaman tersebut jugak mendengarkan suara mirip Anwar mengkritik Azmin sebagai ‘barua Mahathir’. Ouch! Jom dengar sama ada betul atau tak ni suara Anwar di bawah.

Haa sama ke tidak macam suara Anwar? Admin rasa macam bukan je…

Bagaimanapun, kebanyakan pemimpin PKR kata rakaman tu palsu. Antaranya ialah:

  • Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

“Ini bukan (suara) suami saya,” kata Wan Azizah, menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Wan Azizah Pkr Bendera 1
sumber: fmt
  • Fahmi Fadzil 

“Saya bukan anggota keluarga tetapi saya sering bercakap dengan Anwar. Dalam rakaman pertama ada sikit bunyi macam beliau, tetapi masuk saja rakaman ketiga, kamu tahu itu bukan dia. Loghat dia lain,” kata Fahmi.

  • Rafizi Ramli 

“Tidak sama sekali (Anwar tidak arahkan sama lawan Azmin). Bukan tradisi kita pemimpin atasan campur tangan. Saya memang ada beritahu Anwar niat saya, tetapi tidak benar dia arahkan saya bertanding,” kata Rafizi.

33
sumber: malaysiakini
  • Tian Chua

“Jangan bawa masuk budaya memburuk-burukkan dan berita palsu dalam PKR. Saya tidak tahu, tetapi saya harap tidak,” kata Tian Chua.

Selain mengatakan Azmin sebagai barua Tun M, ‘Anwar’ juga didakwa menyuruh Rafizi melawan Azmin dalam pemilihan parti kerana isu ini. Rakaman kedua audio tersebut jugak mengkritik Mahathir kerana melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi syarikat Khazanah Nasional. Manakala audio ketiga pulak membangkitkan isu skandal Forex Tun M ketika menjadi PM kali pertama.

Apa pendapat korang mengenai audio ni? Betul ke tu suara Datuk Seri Anwar?

Baca: “Sekarang saya tahu kenapa Anwar cukup hebat” – Jamal

Page Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.