in

Anak Amyra Rosli Kena Virus Kawasaki? Parents Tolong Jangan Ambil Mudah

Penyakit Kawasaki Anak Amyra Rosli

Baru-baru ini, pasangan pelakon terkenal, Amyra Rosli dan suaminya, Amar Bahrin berkongsi mengenai penyakit yang dialami anak perempuan mereka, Ayra Aryssa.

Menurut instastory Amyra, dia ada menjelaskan bahawa anaknya menghidapi penyakit Kawasaki dan seluruh badan kanak-kanak tersebut kini mengalami infection teruk.

Malah menerusi posting di Instagram sebelum ini, anaknya juga dikatakan mengalami demam panas dan tidak kebah-kebah selama beberapa hari.

Pun begitu, ramai pasti tertanya-tanya apakah penyakit Kawasaki ini dan bagaimana ia boleh menjangkiti kanak-kanak sekecil Ayra? Berikut admin kongsikan penjelasannya.

 

Demam panas melebihi 4 hari, kelenjar membesar di leher 

Menerusi perkongsian MyHeart Community di Twitter, virus Kawasaki ini pertama kali direkodkan pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki.

Lebih 75% daripada pesakit penyakit ini merupakan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun dan ia selalu menyebabkan penyakit jantung di kalangan kanak-kanak.

Jika pesakit dapat dikesan dan dirawat awal, biasanya mereka akan pulih dalam masa beberapa hari. Pun begitu, penyebab utama virus ini masih tak dapat dikenalpasti sehingga kini dan penyakit ini juga tidak berjangkit.

Antara tanda dan simptomnya seperti di bawah:

 

Boleh sebabkan masalah jantung pada hari ke 10-14 

Apa yang merisaukan ialah simptom penyakit ini datang dalam tiga peringkat. Ia boleh menyebabkan masalah jantung pada hari ke 10 hingga 14 selepas simptom yang pertama bermula.

Sesetengah pesakit juga alami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir hingga ke hari ke 25 virus ini muncul. Ia juga boleh berterusan sampai 8 minggu lamanya.

Kawaskaki Collage Webres

Ibu bapa dinasihatkan untuk bawa anak ke doktor apabila suhu mereka dilihat sangat tinggi dalam satu tempoh yang lama dan tak sembuh walaupun dah makan ubat demam.

Jika mereka mempunyai salah satu daripada simptom Kawasaki, sebaiknya bawalah berjumpa dengan doktor terutama bagi bayi berusia bawah 1 tahun.

Apa-apapun diharapkan ibu bapa yang mempunyai anak dijangkiti penyakit ini cepat sembuh dan semoga Amyra serta suaminya juga tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadan ini. Get well soon Ayra Aryssa! 

Baca: Pegawai Perubatan Ini Jelaskan Penyakit Endometriosis Yang Kaum Hawa Wajib Tahu!

Screenshot 2022 04 13 121101