in

Alamak Tak Ada Air! Ini Cara Mudah Untuk Korang Simpan Air Bergelen-gelen Guna Plastik je!

Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lalu, penduduk sekitar Lembah Klang sudah dimaklumkan tentang gangguan bekalan air yang bakal bermula hari ini hingga Jumaat nanti berikutan kerja-kerja baik pulih di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan bahawa kerja pembaikan ini akan menghentikan tugas loji sepenuhnya. Antara kawasan yang terlibat adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor. 

So korang yang tinggal sekitar kawasan-kawasan ni dah simpan air ke belum? Sebut pasal simpan air ni, kalau tak ada tong besar memang susah nak tadah air. Dah la stress nanti susah nak mandi, kena fikir pulak kat mana nak cari tong besar-besar nak isi air.

Air
sumber: penyu sakti

Jangan bimbang! Ni ada satu cara yang confirm korang semua boleh follow, tak payah susah-susah cari tong besar. Perkongsian bijak ni dah lama dikongsikan Mohammed Zakir Husin Mohammed Zahid, tapi sangat relevan untuk kita semua saat-saat tak ada air macam ni.

Hanya guna plastik besar je, korang dah boleh jimat berpuluh ringgit daripada membeli tong air. Zakir yang memperoleh idea ini selepas melihat orang simpan air dalam plastik kanvas dan batu bata di kenduri telah menggunakan teknik sama cuma dengan menukarkan ia dengan bakul baju. Memang jimat dan tak perlukan kos tinggi sebab guna barang-barang dalam rumah saja.

A3
sumber: facebook
A4
sumber: facebook

Benda pertama kena buat, cari bakul kain yang guna untuk simpan baju-baju korang tu. Kemudian letak plastik besar dalam bakul tu, make sure jangan guna plastik yang ada lubang pulak tau. Dah siap susun kemas-kemas, korang bolehlah mula isi air kat dalam plastik yang korang letak dalam bakul baju tu. Kalau dah penuh, jangan lupa ikat kuat-kuat supaya air tu selamat tak tumpah sana-sini ye!

A2
sumber: facebook
A1
sumber: facebook

Menurut Zakir, simpanan air guna enam buah bakul baju boleh tahan sampai tiga hari tau! Kalau bekalan air dah pulih semula, korang pun dah tak kena fikir kat mana nak simpan tong yang besar-besar tu sebab guna bakul baju je kan. Simpan je balik bakul baju tu kat tempat asal dia. Settle masalah.

So siapa yang tak simpan air lagi tu, boleh la guna cara ni ye!

Baca: Berang Bekalan Air Dipotong, Dua Lelaki Bertindak Kasar dan Menyerang Kakitangan SAJ Menggunakan Cangkul

Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.