in

Berang Bekalan Air Dipotong, Dua Lelaki Bertindak Kasar dan Menyerang Kakitangan SAJ Menggunakan Cangkul

Hey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Berang Bekalan Air Dipotong, Dua Lelaki Bertindak Kasar dan Menyerang Kakitangan SAJ Menggunakan Cangkul
Loading
/

Video rakaman dua lelaki bertindak kasar dan mencederakan dua kakitangan Syarikat Air Johor (SAJ) yang dimuat naik oleh Kapten Ben menjadi viral di Facebook, semalam.


Difahamkan dua kakitangan SAJ berkenaan telah memotong bekalan air di rumah penghuni tersebut kerana gagal melunaskan bayaran bil air yang tertunggak selama tiga bulan.

“Kita dah datang tiga kali dah bang”, kata salah seorang kakitangan SAJ berkenaan

Pada mulanya, seorang lelaki berusia (mungkin abang atau ayah) berbaju putih cuba berbincang dengan cara baik bersama dua kakitangan SAJ itu sebelum seorang lelaki muda tidak berbaju keluar. Lelaki itu juga dilihat mengambil batu dari atas tanah sebelum berdepan dengan kakitangan berkenaan.

“Ludah je muka dia”, jerit seorang lagi lelaki.

Kemudian datang pula seorang lagi lelaki dalam usia pertengahan dan mereka meminta supaya bekalan air disambung semula. Namun kedua-dua kakitangan tidak dapat menunaikan permintaan kerana mengikut arahan yang diberikan pihak atasan.

Lelaki berbaju putih dapat dilihat cuba menghalang kedua-dua lelaki tidak berbaju itu untuk tidak berbuat apa apa kepada kakitangan SAJ berkenaan.

“Kau pasang je, mak aku pergi bayar” kata lelaki usia pertengahan itu
Berang dengan kedua-dua kakitangan berkenaan yang enggan menurut permintaan, mereka bertindak menumbuk dan menendang kakitangan SAJ tersebut. Walaupun lelaki berbaju putih itu cuba menghalang dan meminta mereka untuk berhenti, kedua-kedua mereka tidak mengendahkannya
Kata lelaki di usia pertengan itu lagi, “Aku cakap kau pasang jela, kan senang” sebelum beliau meluru ke arah kakitangan yang merakam kejadian tersebut dan memarahinya.
Selepas video itu terhenti lelaki itu bertindak mengambil cangkul dan menyerang semula kedua-dua kakitangan itu. Meskipun begitu, beberapa gambar berjaya diambil ketika beliau cuba menyerang menggunakan cangkul.
C4
C1
C2
C3
Netizen rata-rata mengecam tindakan kedua-dua lelaki yang bertindak menyerang kakitangan SAJ tersebut. Sudah lah salah sendiri tidak pergi membayar, marah pula bila bekalan air dipotong.
Di mana letaknya akhlak sampai bertindak di luar kawalan macam ni. Bukan setakat malu diri sendiri, malu juga pada ibu bapa dan keluarga. Itu lah, lain kali berfikir dahulu sebelum betindak.

“Bila guna satu kemudahan, dapat bil, bayarlah. Pegawai tu jalankan tugas je!” komen seorang netizen

“Sungguh memalukan. Dah la air tak bayar lepas tu nak pukul-pukul orang. Tak malu ke? sendiri buat masalah, nak salahkan orang lain. Malu lah sikit”

Sementara itu, gambar gambar lelaki itu dah jadi bahan lawak pengguna laman sosial selepas di edit. Haaaa kan dah malu sendiri tuuuu!
T3
T4
T6
T5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.