Sexual harassment? Perkataan ni memang dah cukup familiar rasanya bila kita sebut.
Terbaru, tular di Twitter mengenai video seorang lelaki yang dipercayai warga asing mengganggu ketenteraman awam.
Melalui video itu, dia dilihat sedang memeluk grill pintu dan kedengaran wanita yang berada di dalam rumah tersebut menjerit meminta tolong.
https://twitter.com/i/status/1186272890666115072
Hasil perkongsian video oleh @danielmokhtar_ dia turut menjelaskan yang mana dia terdengar suara wanita menjerit pada waktu tengah malam dan mulanya menganggap itu merupakan pergaduhan rumah tangga.
Namun apa yang lebih membimbangkan apabila wanita itu menjerit semakin kuat dan dia bersama bapanya pergi untuk melihat perkara yang sedang berlaku.
Ada pulak bangla tengah buat show depan pagar tu. Nak kata mabuk tak bau pulak air arak ke apa!”
Bapanya yang terkejut dengan perbuatan lelaki warga asing itu terus merakam aksi berkenaan yang di yakini boleh dijadikan sebagai bahan bukti.
Video itu juga jelas menunjukkan bahawa lelaki warga asing itu sedang memeluk grill rumah sambil melakukan aksi lucah yang didiami oleh wanita dan disitu juga ada seorang pengawal keselamatan.
Wanita tersebut terus menjerit meminta tolong dan memberitahu yang lelaki berkenaan tidak tinggal disitu.
“Tolong, dia nak masuk rumah saya”
“Bukan rumah dia bukan, dia tak duduk sini”
Dalam video ni, pengawal keselamatan tersebut turut berkata yang dia mengenali lelaki warga asing yang sedang membuat onar tu.
Pengawal keselamatan itu cuba untuk membuat wanita didalam rumah itu tenang namun dikecam oleh netizen kerana di anggap tidak melakukan perkara yang sepatutnya dengan membawa lelaki warga asing itu ke tempat lain.
“Eh geram je dengan guard ni, dia boleh berbual je”
“Walaupun kena si pelaku, takkan nak tengok aksi lucah macam tu lama-lama”
Kejadian ini berakhir apabila pihak polis sampai dan menahan lelaki warga asing itu. Tambahnya lagi, pihak polis juga dikatakan melihat video ini yang dijadikan sebagai bukti.
Tapi min rasa abang guard tu mesti dah call polis awal-awal kan. Korang pun jangan lah kecam abang guard tu teruk sangat. Dia dah buat yang terbaik tu.