in

6 Kes Jenayah Paling Tragis Yang Menyayat Hati Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun 2019

Jenayah

Tahun 2019 bakal melabuh tirainya, sepanjang tahun ini bermacam-macam kes dan insiden yang menggemparkan rakyat Malaysia.

Diharap tahun 2020 akan jadi lebih baik dan insiden-insiden ini dapat dikurangkan. Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama islam dan salam takziah buat keluarga si mati.

Sebagai penutup tahun 2019, disini merupakan senarai insiden-insiden paling besar yang pernah menyayat hati rakyat Malaysia.

 

1. Mayat reput dalam tangki air kawasan perumahan

Pada bulan Mac 2019, kawasan perumahan di Negeri Sembilan  dikejutkan dengan penemuan mayat reput dalam tangki air besar. Ia mencetuskan kebimbangan para penduduk di kawasan tersebut kerana was-was untuk menggunakan air.

2019

Namun, setelah beberapa bulan berlalu, polis telah mengesahkan identiti rangka tersebut merupakan Muhammad Aiman Hakim Mat Ani.

Arwah merupakan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub. dikatakan dia telah hilang tanpa kesan hampir setahun. Namun begitu punca kematian masih tidak ketahui, apa pun Alfatihah buat arwah Aiman.

Keluarga mereka sudah pun redha dengan apa yang terjadi.

Aiman8

 

2. Penyewa kerat badan tuan rumah, bungkus dalam luggage dan dicampak dalam parit sebab tak nak bayar

Bulan Ogos 2019, satu kes terjadi dimana ada mayat yang telah dikerat dan dibungkuskan dalam bagasi dalam satu parit dekat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, Shah Alam.

20192

Ketika mayat Siew Mee dibedah siasat, wanita itu mati kerana kecederaan daripada 13 kesan tikaman di abdomen selain mempunyai kesan kelar di lehernya. Mangsa dipercayai dicederakan menggunakan senjata tajam.

Pada waktu itu, pihak polis cuba untuk menghubungi suami mangsa Lim Ah Kee @ Lim Kok Hoe yang berusia 79 tahun tapi tak dapat.

20193

Nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya suaminya juga turut dibunuh dalam keadaan yang sama seperti Siew Mee,dia juga disumbatkan ke dalam beg pakaian dan dicampak ke longkang berhampiran Stesen LRT Alam Megah.

Dikatakan, suspek merupakan penyewa rumah mangsa dan mereka bergaduh akibat penyewa enggan membayar.

Dikhabarkan, pasangan ini hidup dalam keadaan susah sampai terpaksa sewakan rumahnya dan tinggal dengan warga asing.

 

3. Adib

57F23700 F76C 44B1 B534 9E17617F0F23

Satu kes yang benar-benar menyayat hati rakyat Malaysia. Secara ringkasnya, pada November 2018, telah berlaku rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya.

Anggota bomba turut datang untuk mententeramkan suasana yang riuh itu, Muhammad Adib Mohd Kassim merupakan anggota bomba yang berada di lokasi kejadian.

Namun begitu, satu kejadian malang pada dirinya apabila dia cedera pada malam tersebut, pelbagai spekulasi timbul berkenaan dengan kemalangan menimpa dirinya.

Ada yang mengatakan, dia telah ditarik keluar dari van dan dipukul oleh beberapa individu yang terlibat pada kejadian malam itu.

Namun ada juga khabar angin mengatakan Adib dirempuh oleh van bomba itu. Sepanjang hasil siasatan di jalankan,  Adib yang koma akibat kecederaan teruk di bahagian tulang rusuk itu pada mulanya ada menunjukkan perkembangan. 

Namun, amat menyayat hati apabila Adib akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 setelah bertarung nyawa di wad Institut Jantung Negara (IJN).

Sisatan masih dijalankan berhubung dengan kematiannya sehingga ke tahun ini. Ramai rakyat Malaysia turut berduka dengan kematiannya. Al-Fatihah. Jenayah atau tidak? Masih belum tahu lagi.

 

4. Adik Siti Masyitah

Masyitah

Awal tahun ini, satu kisah tragis telah merobek hati warganet berkenaan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak 11 tahun, Siti Masyitah Ibrahim dalam keadaan yang sadis sekali.

Adik Siti Masyitah dilaporkan hilang kira-kira 9 hari sebelum mayatnya ditemui dilaporkan dia keluar dari rumahnya pada 5 petang, 30 Januari lalu untuk ke kedai runcit sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Lebih sadis lagi, penduduk kampung menemui mayat kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalamannya dikatakan hilang.

Lebih mengejutkan lagi, kepalanya dipercayai terpisah daripada badan. Lapor Metro, dendam dan marah kepada keluarga dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan itu. Allahu, tergamaknya!

 

5. Suami kerat isteri & anak

Kerat8

Oktober lepas, polis menemui mayat mangsa bunuh yang telah dikerat sekurang-kurangnya 8 bahagian kat Kampung Kadang, Krubong, Melaka jam 4 petang . Mangsa merupakan seorang wanita dan seorang kanak-kanak.

Hasil sisatan, polis telah berjaya memberkas suspek yang dikatakan seorang lelaki warganegara Singapura.

Difahamkan, suspek merupakan suami dan bapa kepada mangsa, kejadian itu dipercayai berlaku di rumah teres dua tingkat milik mangsa  di Taman Merdeka Jaya.

Malah, spekulasi turut  mengatakan identiti mayat tersebut merupakan seorang ibu yang berumur 27 tahun, Norfazera Binti Bidin dan anaknya 11 tahun, Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah.

Dikatakan juga, mangsa dan suspek ini ada bertengkar sebelum mangsa ditikam dan kepalanya dipenggal. Perbuatan itu disaksikan oleh anaknya berumur 11 tahun, takut bahawa perbuatannya terbongkar, suspek juga bunuh anaknya.

Kedua-dua mayat yang telah dikerat itu diletakkan  ke dalam bonet kereta suspek sebelum dicampak kedalam hutan. Bagaimanapun anak paling kecil suspek tidak dibunuh kerana masih tidur.

 

6. Zulfarhan

Zulfarhan

Insiden yang berlaku pada beberapa tahun lepas kembali hangat tahun ini apabila kes perbicaraan terhadap Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain disebut semula.

Ia mengundang kemarahan netizen apabila ramai yang menyaksikan mimik muka suspek semasa dalam tahan yang sempat gelak-gelak masa keluar mahkamah.

Namun, kes itu kembali hangat apabila warganet meraikan ‘kemenangan’ apabila mahkamah memutuskan  18 penuntut UPNM dalam kes mendera arwah Zulfarhan hingga meninggal dunia itu bersalah dan diarahkan untuk bela diri.

Apa yang menyayat hari netizen adalah apabila mereka melihat sujud syukur ayah kepada Allahyarham.

https://twitter.com/fatihanajihah/status/1156398229035950080?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1156398229035950080&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fwp-admin%2Fpost.php%3Faction%3Dedit%26post%3D104302

 

Baca : Kes-kes Pengasuh Dera Budak Tahun 2018 Setakat Ini

Dera