Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi Najwa Latif kini sedang menjadi tumpuan apabila didakwa ada individu yang memperlekehkan keadaan fizikalnya baru-baru ini.
Bagaimanapun, ramai netizen yang menyebelahi penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu dengan memberikan sokongan moral buatnya.
Artikel berkaitan : Pernah Dibenci Sejak Umur 16 Tahun, Najwa Latif Terharu Ramai Netizen ‘Back Up’ Isu Perubahan Fizikal
Artikel berkaitan : “Saya hormat kebebasan” – Najwa Latif Tidak Terkesan Komen ‘Body Shaming’, Anggap Sekadar Pandangan Netizen
Bersyukur sebab suami bagi sokongan moral, sentiasa puji cantik
Bagaimanapun, Najwa Latif turut meluahkan yang dirinya bersyukur kerana dijodohkan dengan suaminya, Akwa Arifin yang sentiasa di sisi dalam semua aspek kehidupannya.
Kata Najwa, Akwa tidak pernah guilt trip dirinya dan sentiasa mengucapkan terima kasih apabila dirinya melakukan sesuatu untuk suami dan sentiasa memuji dirinya cantik saat orang lain mengkritik dirinya.
“Susukan Media, sentiasa bantu siapkan Media. Sentiasa tolong dalam kebanyakkan hal rumah. Sentiasa ingatkan saya cantik semasa orang lain kata saya tak cantik. Saya dah tak rasa sakit lagi dah.”
“Sentiasa intatkan saya untuk fikir perkara yang baik-baik. Sentiasa cuba buat saya gelak walaupun saya tengah menangis teresak-esak.”

Dalam pada itu, Najwa juga turut kongsikan perkara-perkara tertentu tentang Akwa yang menggambarkan suaminya itu seorang lelaki green flag.
“Dia lah jururawat, dia lah tukang bersih, dialah yang explore dan kaji pasal breast pump punya dunia, dia lah tukang urut, dia lah therapist, dia lah tempat saya boleh jadi orang paling lemah selemah-lemahnya.”
Najwa juga turut memuji kehebatan suaminya itu sebagai seorang bapa biarpun Akwa sendiri meragui jika dia boleh menjadi seorang bapa yang baik atau tidak.
Sumber: Threads
