Kronologi Pembunuhan Kejam Kanak-kanak Perempuan Siti Masyitah Ibrahim : Siapa Lelaki 23 Tahun Yang Dilihat Kali Terakhir Bersama Masyitah?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selama ni rata-rata kisah pembunuhan kejam yang admin tulis adalah dari kisah yang diambil dari luar negara namun tragedi yang berlaku semalam benar-benar membuatkan seluruh rakyat Malaysia ‘terkedu’.

Keji dan tragis! Dua perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan tragedi yang menimpa kanak-kanak perempuan, Siti Masyitah Ibrahim, 11 tahun selepas mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup sadis.

Organ dalaman hilang & kepala terpisah dari badan!

Bayangkan, lapor harian metro penduduk kampung menemui mayat kanak-kanak perempuan itu di padang ragut di Kampung Tanjung Medan Hilir, Pekan Pahang semalam dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalamannya dikatakan hilang.

Malah apa yang lebih mengejutkan, kepala kanak-kanak itu dipercayai terpisah daripada badan..ya allah, tergamak pembunuh tu yer.

Ibu mangsa, Zaleha Abdullah 35 tahun berkata dia dimaklumkan berhubung penemuan mayat anaknya itu selepas waktu asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali, 39 tahun terus bergegas ke lokasi kejadian.

Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan. Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,”

Namun mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Zaleha mengecam mayat anaknya, ini kerana katanya dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang..allahu

Sumber : Harian Metro

Pertama kali berlaku dalam tempoh 35 tahun

Zaleha berkata dia tidak putus-putus berdoa kepada Allah swt supaya anaknya ditemukan walau dalam apa jua keadaan.

“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini”.

Wanita itu menyifatkan Siti Masyitah yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu sebagai anak yang periang dan ceria.

Justeru beliau masih lagi tidak boleh berfikir punca dan sebab anaknya dilakukan sedemikian rupa.

“Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?”.

Manakala, penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, 38 tahun iaitu antara individu terawal yang tiba di lokasi kejadian  berkata, kejadian pembunuhan kejam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu.

“Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan mayatnya di temui. Saya rasa dia dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini,” katanya.

Mohd Rosli berkata, Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tiba ke lokasi kejadian pada 8 malam sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas penemuan mayat Masyitah

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, mengesahkan penemuan mayat itu.

Malah menurut sumber polis, seorang lelaki berusia 23 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat Siti Masyitah.

Ini merupakan kronologi tragedi pilu yang menimpa kanak-kanak malang, Siti Masyitah Ibrahim, 11 tahun.

* Siti Masyitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan pada jam 5 Petang, 30 Januari.

* Menurut keterangan ibu mangsa, Zaleha Abdullah, anaknya keluar menunggang basikal berseorangan selepas meminta RM1 untuk ke kedai runcit.

* Laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan pada malam 30 Januari selepas usaha mencari dan mengesannya menemui jalan buntu.

* Basikal mangsa ditemui orang kampung beberapa hari kemudian kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

* Usaha mencari kanak-kanak perempuan itu diteruskan orang kampung termasuk melakukan pencarian di kawasan ladang kelapa sawit di mana mayat mangsa dijumpai.

* Pada 9 Februari mayat mangsa dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa.

* Ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput.

* Kepala mangsa juga sudah terpisah daripada badannya dan dilaporkan beberapa organ dalaman mangsa tidak dijumpai

* Mayat kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dijangka menjalani proses bedah siasat.

Semoga Siti Masyitah Ibrahim ditempatkan bersama golongan yang beriman..amin

Baca : Ini Kronologi Kisah Tragis Nurul Huda, Kanak-kanak Mati Dirogol Berkali-kali Tahun 2004

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.