in

MHLife 2026 Bakal Meriahkan Shah Alam, Himpunkan Makanan, Fesyen, Budaya & Pelancongan Mesra Muslim

Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak cari satu tempat yang menghimpunkan makanan, fesyen sopan, budaya, warisan dan pelbagai pengalaman mesra Muslim, MHLife 2026 mungkin boleh masuk dalam senarai.

Malaysia Halal Lifestyle Festival (MHLife) 2026 bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Selangor.


Festival gaya hidup dan pelancongan mesra Muslim premier negara itu merupakan sebahagian daripada Islamic Tourism Month (ITM) 2026 anjuran Islamic Tourism Centre (ITC), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Penganjuran MHLife 2026 turut mendapat sokongan rasmi daripada RHB Islamic Bank Berhad, Mohd Chan Group Berhad, Siti Khadijah Group dan Istana Budaya.

Malaysia Terima 9.7 Juta Pelancong Muslim Pada 2025

Mhlife2026 Logo
Hsfmwe masthead r6 final masthead

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Chua Choon Hwa, penganjuran MHLife 2026 mencerminkan potensi besar Malaysia dalam pasaran pelancongan Muslim.

Katanya, Malaysia menerima 9.7 juta pelancong Muslim pada 2025 iaitu jumlah tertinggi yang pernah direkodkan dan angka tersebut dijangkaa meningkat kepada 15 juta menjelang 2030. 

“Pada 2025, Malaysia menerima 9.7 juta pelancong Muslim, jumlah tertinggi yang pernah direkodkan. Angka ini dijangka meningkat kepada 15 juta menjelang 2030. Perkembangan ini memberi peluang kepada Malaysia untuk terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran ini, selain memberi manfaat kepada pemain industri pelancongan, komuniti tempatan dan ekonomi negara.”

Bukan Sekadar Makanan, Pengalaman Pelancong Turut Diketengahkan

MHLife 2026 juga mengetengahkan konsep pelancongan mesra Muslim daripada perspektif yang lebih menyeluruh.

Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Mohammad Faisal Abu Suaib Khan berkata, pelancongan mesra Muslim bukan hanya tertumpu kepada satu produk atau perkhidmatan.

Sebaliknya, ia merangkumi keseluruhan pengalaman pelancong sepanjang berada di sesuatu destinasi.

Ini termasuk makanan yang dinikmati, tempat penginapan, destinasi yang dilawati, barangan yang dibeli, pengalaman baharu yang diterokai serta interaksi dengan masyarakat setempat.

“Kita perlu melihat pelancongan mesra Muslim daripada perspektif yang lebih menyeluruh. Ia bukan hanya tertumpu kepada satu produk atau perkhidmatan, tetapi merangkumi keseluruhan pengalaman pelancong sepanjang berada di sesuatu destinasi. Ini termasuk makanan yang dinikmati, tempat penginapan, destinasi yang dilawati, barangan yang dibeli, pengalaman baharu yang diterokai dan interaksi dengan masyarakat setempat.”

16 Pavilion Wakili 13 Negeri Dan 3 Wilayah Persekutuan

Bertemakan “Rasa, Gaya, Warisan”, MHLife 2026 membawa konsep “Taste Malaysia, Wear Malaysia, Experience Malaysia”.

Pengunjung berpeluang meneroka 16 pavilion yang mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan.

Selain itu, pelbagai pilihan makanan dan minuman, jenama tempatan, persembahan kebudayaan serta aktiviti interaktif turut disediakan sepanjang festival.

Dalam majlis sama, ITC turut mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysian Association of Hotels (MAH).

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengiktirafan dan nilai pasaran Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR), memperkukuh keupayaan industri melalui latihan serta melaksanakan inisiatif promosi dan penglibatan industri secara bersama.

 Ada Konsert, Aktiviti Keluarga Dan Peluang Untuk Vendor Tempatan

Bukan itu sahaja, MHLife 2026 turut menawarkan pelbagai program merangkumi pelancongan mesra Muslim, kecantikan dan kesejahteraan, kraftangan, aktiviti keluarga, beli-belah, pertandingan serta hiburan secara langsung.

Antara tarikan utama yang bakal dibawakan ialah Harmony Night Concert, yang akan menampilkan barisan penghibur tempatan menerusi persembahan kontemporari dan tradisional.

Menariknya, MHLife 2026 bukan sekadar memberi peluang kepada perniagaan tempatan sepanjang festival berlangsung.

Semua vendor yang menyertai MHLife 2026 akan disenaraikan secara automatik dalam Direktori Pelancongan Mesra Muslim rasmi ITC, sekali gus membolehkan perniagaan mereka terus ditemui oleh pengguna dan pelancong selepas festival berakhir.

Permohonan penyertaan vendor kini dibuka kepada perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, fesyen sopan, kecantikan dan kesejahteraan, kraftangan, pelancongan mesra Muslim, produk gaya hidup serta kategori berkaitan.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.