in

13 Anugerah Dipertandingkan, MIHAS Awards 2026 Ketengahkan Inovasi, Teknologi & Perniagaan Wanita

Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut sahaja industri halal, korang mesti terfikir tentang makanan dan minuman.

Tapi sebenarnya industri ini jauh lebih luas apabila teknologi, perkhidmatan, kelestarian dan digitalisasi kini semakin memainkan peranan dalam perkembangan ekosistem halal global.


Baru-baru ini MIHAS Awards 2026 yang merupakan antara acara utama Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 telah melabuhkan tirainya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 26 September.

Menerusi acara ini, peserta pameran yang cemerlang diberi pengiktirafan atas usaha mereka dalam membentuk masa depan industri halal global menerusi kecemerlangan, inovasi, kelestarian dan transformasi digital.

Tahun Ini, MIHAS Awards Bawa Kelainan

Mihas 22Nd Banner 1

Menariknya, edisi 2026 menyaksikan penekanan lebih besar diberikan kepada amalan perniagaan yang bersedia menghadapi masa depan.

Antaranya termasuk teknologi baharu, digitalisasi, kelestarian dan pertumbuhan inklusif.

Syarikat bukan hanya dinilai berdasarkan apa yang mereka sudah capai, tetapi turut dilihat dari segi cara mereka berinovasi, menyesuaikan diri serta mencipta nilai yang mampan dalam pasaran global yang semakin kompetitif dan dipacu teknologi.

Sebanyak 13 anugerah telah disampaikan menerusi tiga kategori utama iaitu Excellence Awards, Innovation, Sustainability & Digitalisation Awards dan Women in Export (WiEX) Awards.

Pertama Kali Ada WiEX Awards

Product Service Excellence Emerging Star Award Haritage Brands Sdn Bhd

Kalau korang perasan, antara perkara menarik untuk edisi kali ini ialah pengenalan Women in Export (WiEX) Awards buat pertama kali.

Anugerah ini mengiktiraf perniagaan luar biasa yang diterajui wanita dalam kategori Excellence serta Innovation, Sustainability & Digitalisation.

Ia juga menjadi antara usaha MIHAS untuk menggalakkan keterangkuman yang lebih besar serta mengiktiraf sumbangan usahawan dan pemimpin perniagaan wanita dalam perkembangan dan pengantarabangsaan ekonomi halal.

Dalam masa sama, inovasi, kelestarian dan digitalisasi turut diberi perhatian lebih besar kerana ketiga-tiga perkara ini dilihat sebagai pemacu daya saing perniagaan.

Malah, syarikat yang menggunakan penyelesaian digital dan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) turut dinilai berdasarkan bagaimana teknologi tersebut membantu meningkatkan produk dan perkhidmatan, memperbaiki proses perniagaan, meluaskan pasaran serta mencipta sumber nilai baharu.

Bukan Main Pilih, Ada Proses Penilaian

Untuk pengetahuan korang, MIHAS Awards 2026 terbuka kepada peserta pameran Malaysia dan antarabangsa yang layak menyertai MIHAS 2026.

Setiap penyertaan melalui proses penilaian yang merangkumi pra-penilaian dan sesi pitching di hadapan panel hakim bebas.

Menerusi sesi pitching tersebut, peserta berpeluang menunjukkan pencapaian perniagaan, keupayaan inovasi, inisiatif kelestarian serta penggunaan teknologi digital dan penyelesaian baharu.

Bagi memastikan proses penilaian lebih berintegriti, telus dan berwibawa, juruaudit luar bebas turut dilantik untuk memerhati dan mengesahkan proses tersebut.

MIHAS Awards Platform Perubahan Industri Halal 

Pengerusi MATRADE, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata evolusi MIHAS Awards mencerminkan perubahan keutamaan dalam industri halal global dan keperluan perniagaan untuk sentiasa bersedia menghadapi masa depan.

“MIHAS Awards bukan lagi sekadar mengenai pengiktirafan terhadap kecemerlangan yang dicapai hari ini. Ia juga mengenai pengiktirafan terhadap keupayaan yang akan membentuk industri halal pada masa akan datang.

“Tahun ini, kami memberi penekanan lebih besar kepada inovasi, kelestarian, digitalisasi dan teknologi baharu kerana perkara ini semakin penting dalam cara perniagaan bersaing dan mencipta nilai di peringkat global.

“Pemenang yang diiktiraf hari ini telah menunjukkan daya tahan, kreativiti dan keupayaan berfikiran ke hadapan yang diperlukan untuk mengharungi pasaran global yang berubah dengan pantas.

“Melalui MIHAS Awards, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak syarikat untuk berinovasi, menerima teknologi, bersaing di peringkat antarabangsa dan menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan berterusan ekonomi halal global.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dato’ Indera Abu Bakar Yusof, berkata kualiti dan kepelbagaian penyertaan tahun ini menunjukkan perniagaan dalam ekosistem halal semakin matang dan canggih.

Menurutnya, perniagaan dalam ekosistem halal terus berkembang, berinovasi dan menyesuaikan diri dengan permintaan pasaran global yang berubah dengan pantas.

“Kelestarian, digitalisasi dan teknologi baharu kini semakin diiktiraf sebagai komponen penting dalam daya saing perniagaan serta pertumbuhan jangka panjang.

“Pengenalan WiEX Awards dan pengukuhan rangka kerja penilaian turut memperluaskan skop MIHAS Awards, manakala pengesahan proses penilaian oleh juruaudit luar mengukuhkan komitmen terhadap kredibiliti dan ketelusan.”

13 Penerima MIHAS Awards 2026

Untuk korang yang nak tahu siapa penerima anugerah tahun ini, Product / Service Excellence Award menyaksikan tiga syarikat iaitu Nims Adeliciousz Sdn Bhd, Industri Makanan Jati Sdn Bhd dan RK Mubaraka Bhd yang menerimaa pengiktirafan. 

Sementara itu, Chocofac (MALAYSIA) Sdn Bhd dan Haritage Brands Sdn Bhd menerima Product / Service Excellence Emerging Star Award, manakala Zhafou Global Sdn Bhd menerima Product / Service Excellence WiEX Award.

Bagi kategori Product / Service Innovation, Sustainability And Digitalisation Award pula, enam syarikat menerima pengiktirafan iaitu Hygr Sdn Bhd, Printdaddy Sdn Bhd, Betrimex (Coco Investments Pte Ltd), Mega Fortris Berhad, Nestle Products Sdn Bhd dan Abin Manufacturing Sdn Bhd. 

Manakala Innovate Health Sdn Bhd  menerima Product / Service Innovation, Sustainability And Digitalisation WiEX Award.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.