in

465 Orang Cuba Bunuh Diri Sepanjang Januari Hingga Jun Tahun Ini – Menteri Kesihatan

Bd5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Depression BUKAN GILA.


Kita biasa dengar perkataan mental, depresi, dan bunuh diri dikaitkan dengan negara luar seperti Jepun, Korea, dan Amerika.

Korang tau tak, penyakit ini sebenarnya secara diam-diam telah merebak dalam komuniti tempatan dengan pesat.

“Penyakit mental dijangka menjadi kedua tertinggi dihidapi rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada 2020” – Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah, Dr Ruzita Jamaluddin.

Bd

 

Sehingga Jun tahun ini, 465 individu cuba bunuh diri

Menurut Sinar Harian, sebanyak 465 kes cubaan bunuh diri telah dilaporkan sepanjang bulan Januari hingga Jun tahun ni. Tu baru yang dilaporkan, yang tak ada laporan?

Dan tahukah korang yang bunuh diri merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia? Kesalahan itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 305, 306 dan 309 Kanun Keseksaan.

Men

Kementerian Kesihatan ( KKM) menyokong usaha dekriminalisasi cubaan bunuh diri dan kini dikaji Jabatan Peguam Negara” – Dr Adham Baba

Agak tidak adil untuk menghukum mereka kerana mereka memerlukan bantuan, bukanlah hukuman disebalik hukuman.

Jangan ambil mudah tentang perkara ni. Kalau ada kawan yang mengadu, jadilah pendengar yang baik. Korang patut rasa beruntung sebab dorang pilih korang untuk luahkan perasaan sebab bukan senang pesakit depresi nak buka pekung mereka.

 

Baca : “Kami sendiri tak pasti apa sebenarnya yang berlaku” – Keluarga Arwah Minta Netizen Henti Spekulasi Adik Bunuh Diri

Collage 7

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.