in

Shopee Sekat Jualan ‘Barang’ Kontroversi, Selaput Dara Tiruan Berharga RM180

Untitled Design 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keperawanan seorang wanita sering kali menjadi topik yang sering dibualkan sejak dulu lagi. Meskipun ia sebenarnya sesuatu yang berbeza bagi setiap wanita, kita sering diberitahu bahawa ‘dara’ wanita itu sesuatu yang ‘perlu ada’ untuk setiap wanita.

Malah, ramai juga wanita yang risau tiada pendarahan ketika bersama suami buat kali pertama dan perkara itu seolah ‘memaksa’ para wanita untuk mencari solusi kepada ‘permasalahan’ tersebut. Hmm


Untitled Design 25

 

Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial dimana terdapat penjualan selaput dara tiruan untuk wanita yang boleh dibeli secara atas talian dengan harga RM180.

Sebagai platform jualan yang mempunyai ramai pengguna, Shopee telah menerima laporan mengenai penjualan tersebut dan telah menyekat penjualan produk itu.

Tidak tahu apa kandungannya.

Sebelum penjualan itu disekat, penjual barang kontroversi itu menyatakan bahan yang digunakan adalah pewarna merah tiruan yang akan memberikan pengguna ‘pengalaman’ sebenar.

Shopee juga dalam satu kenyataan memberitahu mereka tidak memberi toleransi terhadap barangan yang menyalahi undang-undang untuk menjaga komuniti Shopee.

Selain itu, Shopee juga berkata dalam kes tersebut, siasatan menyeluruh dijalankan dan pihaknya akan membuang penyenaraian yang berkaitan.

‘Dara’ masih lagi sesuatu yang sensitif.

Sedar atau tidak, jualan barangan seperti ini menunjukkan masih kurang ilmu mengenai perkara ini dan istilah ‘keperawanan’ hanyalah sebuah terma sosial, budaya, dan agama tanpa asas perubatan atau saintifik.

Untitled Design 22
Gambar hiasan

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan hymen bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai tentang persetubuhan dan tidak ada pemeriksaan yang diketahui yang dapat membuktikan bahawa seseorang telah melakukan hubungan seks.

Sentiasa belajar tau, jangan dengar orang cakap je!

 

Baca: “Cubalah kawin dulu” Kecoh Di Twitter, Lelaki Sindir Wanita Tak Berhias Untuk Suami Di Rumah

Untitled Design 23

Sumber: Fimela

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.