in

“Yang bini lagi berani bertumbuk” – [Video] Dua Keluarga Bergaduh Dikatakan Sebab Anak Kena Pukul?

Featured Image Garduhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila hidup berjiran ni, kita mestilah kena  saling bertolak ansur dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.


Jika ada perkara yang tidak puas hati, boleh saja pergi berjumpa secara depan-depan dan selesaikan masalah tersebut.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai video pergaduhan yang melibatkan antara dua keluarga.

Video tular itu berdurasi 1 minit 42 saat menunjukkan sepasang suami isteri sedang berjalan menuju ke rumah jirannya yang dipercayai telah menampar anak mereka.

Melalui video itu juga, boleh didengari bahawa mereka sedang menyerang individu lelaki yang merupakan jiran mereka yang dipercayai menampar anaknya.

2 5
Sumber: twitter

“Nak tanya pasaipa hang sepak anak aku, aku nak tanya pasaipa hang sepak anak aku?”

“Pasaiiii…kurang ajaq!”

“Ok..pasaipa naik tangan?”

“Pasai aku cakap leklok, jerkah kat aku”

“Boleh cakap mulut an”

“Aku boleh cakap mulut, aku dah CAKAP MULUTTT”

Itu antara dialog pergaduhan mereka. Ia dipercayai berpunca daripada anak lelaki itu yang dikatakan kurang ajar terhadapnya, lalu dia menampar budak tersebut.

Namun, pergaduhan ini tidak berhenti melalui pergaduhan mulut sahaja. Lelaki yang diserang itu kemudiannya membuka pakaian kelihatan bersedia untuk bertumbuk.

Tapi, belum sempat mereka hendak bertumbuk, ada jiran sekeliling yang datang bagi meleraikan pergaduhan mereka.

Fuhh nasib baik selamat.

Isteri pulak naik tangan?

Kemudian, setelah pergaduhan para suami dileraikan, tiba-tiba isteri mereka pula memulakan pergaduhan mulut dan kemudiannya naik tangan antara satu sama lain.

3 3
Sumber: twitter

“Hang tampaq aku? hang tampaq aku? Aku report, aku rakam ni haa mampoih hang”

Namun video ini tergantung dan tidak dapat di pastikan akan pengakhiran pergaduhan yang berlaku ini.

Apa ni gaduh-gaduh. Bincang elok-elok na.

 

Baca: “Macam wrestling” – Netizen Geli Hati Tengok Lelaki Ni Cuba Leraikan Pergaduhan Sebab…

Garduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.