in

Warganet Banjiri Ruang Komen Di IG Lepas Gambar-gambar Lama Bella Astillah & Ruhainies Tular

F4 Gambar Bella Astillah Ruhainies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang hari ini, memang kecoh diperkatakan di media sosial tentang kisah rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz selepas penyanyi lelaki itu telah disahkan ditangkap khalwat pada awal pagi tadi.


Pelakon wanita yang popular dengan drama-drama lakonannya seperti Cukup Derita Itu iaitu Ruhainies dikatakan telah terkait dengan kes tangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Apa yang menjadi perhatian warganet ialah Bella Astillah dan Ruhainies sebelum ini merupakan rakan artis dan mereka sering bergambar dan mengambil video bersama.

Video-video dan gambar-gambar lama yang memaparkan kemesraan mereka berdua telah dikongsikan di Instagram beberapa jam lepas oleh Didi Astillah iaitu adik kepada Bella.

 

Artikel Berkaitan: “Terpaksa panggil bomba”- Dicekup Berkhalwat Dengan Seorang Pelakon Wanita, Pihak JAWI 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu Kondo

Artikel Berkaitan: “Nak sondol sesiapa ke?” – Gelar Ruhainies ‘Penyondol’, Gurauan Janna Nick Dianggap Melampau

Dalam video terbabit, dapat dilihat bahawa Bella Astillah dan Ruhainies pernah ke Korea Selatan bersama-sama pada tahun lalu dan mereka berdua juga pernah bergambar rapat ketika di sebuah majlis.

Bukan itu sahaja, Ruhainies juga pernah berfoto bersama-sama Bella dan Aliff bertiga.

7 2

Gambar-gambar dan video kemesraan dua wanita itu telah menjadi perhatian netizen sehingga ramai warganet membanjiri ruangan komen di Instagram.

Sumber: Instagram 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.