in

Wanita Terkejut Cucu Mengadu Gula-gula Keras Rupa-rupanya Ada Paku Melekat

Z1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak dengan kesukaan mereka terhadap gula-gula memang tidak dapat dipisahkan. Pelbagai jenis gula-gula dengan bermacam perisa dijual di pasaran menjadi pilihan ibu bapa untuk dibeli dan berikan kepada anak mereka.


Tetapi, pengalaman diceritakan seorang wanita ini pasti akan membuatkan ibu bapa di luar sana untuk lebih berhati-hati sebelum memberi anak makan gula-gula.

Menurut Daw Khin Khin Thein, cucunya sedang menikmati gula-gula sebelum tiba-tiba datang kepadanya dan mengadu tidak dapat menggigit kerana terlalu keras, lapor Coconuts.

Kanak-kanak itu berkata,

Nenek, gula-gula ini keras lah. Saya tidak dapat gigit.”

Pelik dengan apa yang dikatakan cucunya, Daw kemudian meminta kanak-kanak tersebut mengeluarkan gula-gula dari mulut dan berikan kepadanya.

Tekstur gula-gula sememangnya keras tetapi siapa sangka, kepayahan dirasai cucunya menggigit itu adalah kerana terdapat paku yang melekat pada gula-gula tersebut!

Gula2
sumber: facebook

Daw kemudian mengambil gambar dan memuatnaik di Facebook untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa yang lain. Status tersebut kemudian menjadi tular dan mendapat sehingga 30ribu perkongsian.

Nasib baik cucu saya sudah agak besar untuk menyedari sesuatu yang tidak kena seperti itu. Bayangkan jika ianya berlaku kepada kanak-kanak yang lebih kecil?

Saya tidak pasti jika paku itu termasuk ke dalam bungkusan secara tidak sengaja atau jika kilang tersebut tidak menjaga kebersihan. Atau mungkin pekerja yang marah mahu memalukan syarikat itu dengan sengaja meletakkan paku tersebut.”

Periksa lah dulu sebelum anak masukkan makanan dalam mulut. Lebih bagus, kawal pemakanan anak anda. Gula-gula pun bukannya elok untuk gigi kanak-kanak kan…

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.