in

Wanita Nyaris Buta Gara-Gara Beauty Trend ‘Eyelash Extension’

Fi Lash Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, bermacam-macam beauty trend yang viral kan? Ada yang memang worth it to try tapi kadang-kadang ada juga yang boleh bagi kesan buruk pada kita.


Bercakap tentang kesan buruk beauty trend ini, seorang wanita nyaris buta gara-gara membuat eyelash extension! 

Memang tak dinafikan, trend eyelash extension ini dapat memanjangkan bulu mata tanpa memakai maskara dan bulu mata akan kelihatan sangat cantik. Namun berbeza ceritanya dengan wanita berusia 25 tahun bernama Jessica Shannon ini. Matanya mengalami bengkak yang teruk dan hampir buta ketika majlis hari jadinya akibat alergik terhadap eyelash extension tersebut.

Jessica yang membuat eyelash extension pada bulan September lalu mengatakan matanya kelihatan tiada kesan sampingan pada awalnya. Tetapi, matanya kelihatan bengkak sepenuhnya setelah dua hari selepas membuat eyelash extension itu.

Selain bahagian kelopak matanya melekat dan sakit, ia juga pada masa yang sama menjadi gatal-gatal dan berair sehingga tidak boleh melihat.

“Semasa keluar untuk majlis hari jadi, mata kiri saya sudah merah tetapi tak sakit dan gatal. Sebaik sahaja bangun tidur keesokan hari, mata saya sudah bengkak teruk. Saya cuba buka mata dengan jari tetapi masih tak nampak apa-apa.”- Jessica

Dalam kerisauan menjadi buta sepenuhnya, Jessica segera ke bahagian A&E (Jabatan Kemalangan & Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan bahawa bahagian korneanya sudah melecet disebabkan oleh gam bulu mata tersebut. Jadi, bulu matanya terpaksa dicabut.

“Kornea mata saya melecet disebabkan oleh gosokan dan mungkin saya telah ‘menenyeh’ bola mata saya. Manakala gam bulu mata telah membuat mata tidak berhenti berair dan bulu mata menjadi bergumpal.”- Jessica

Setelah mendapatkan rawatan tersebut, doktor mengesahkan sebenarnya eyelash extensionnya itu tidak dipasang dengan betul setelah mendapati ia tersangkut separuh di bawah bulu mata sebenar dan membuatkan matanya luka.

Kalau diikutkan setiap beauty trend ni mesti ada side effect dan risikonya yang tersendiri. Yang penting, dapatkan rawatan daripada pakar dan yang diiktiraf sijil kelayakannya. Nak join beauty trend ni boleh, tapi study dulu effect dia dan jangan pandai-pandai buat sendiri okay!

Baca: Beauty is pain kan – Padah! Bibir Wanita Meletup 5 Kali Selepas Ambik Suntikan Filler

Baca Lash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.