in

“Beauty is pain kan” – Padah! Bibir Wanita ‘Meletup’ 5 Kali Selepas Ambik Suntikan ‘Filler’

Featured Image 11

Mesti ramai yang tahukan, apa itu suntikan filler. Bagi yang belum tahu, suntikan filler ini sebenarnya sejenis rawatan kecantikan untuk mereka hilangkan kedut-kedut di muka.

Dalam kata lain, untuk volume up kan muka lah. Suntikan ini sedang menjadi trend di luar negara, tapi ingat ianya haram dari sudut agama Islam ye…

Namun, ada padahnya tau! Baru-baru ini, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan apabila bibirnya pecah sebanyak lima kali selepas membuat suntikan filler.

Menerusi The Sun UK, Gemma Palmer membuat suntikan dengan dua kali ganda dos untuk mencantikkan bibirnya.

Filler7

Filler3

Bukan cantik, tapi kesakitan pula yang datang. Bibirnya pada mula bengkak sebelum pecah sebanyak lima kali.

Difahamkan, ketika dia mengalami situasi tersebut, dia bukan sahaja tidak boleh makan. Malah nak bercakap pun susah.

Filler8

Menurut wanita itu, dia kini sedang menerima rawatan. Doktornya dikatakan membuang lebihan suntikan tersebut.

Dalam masa yang sama, dia turut memberi amaran pada orang ramai supaya tidak ambil suntikan filler.

Ianya sangat teruk, saya bukan sahaja sakit secara fizikal, kesakitan ini juga menyeksa mental saya” – Gemme Palmer

Banyak lagi kaedah nak jadi cantik, tapi ni dah teruk sangat dah ni.

 

Baca:“Please cari doktor yang betul!!” – Sebab Nak Cantik Wanita Ini Sanggup Buat Surgery Dengan ‘Doktor Tak Bertauliah’

Annotation 2020 06 10 124838

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun