in ,

Wanita Curang Bersetubuh Dengan Teman Lelaki, Paksa 3 Anak Kecil Tonton Aksi Seks

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Entah ibu jenis apakah ini! Tugas seorang ibu sepatutnya mengajar perkara yang baik-baik kepada anaknya dan melindungi mereka daripada bahaya. Namun lain pula dengan seorang ibu ini yang memaksa anaknya untuk tonton aksinya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki! Tak senonohnya!

Sumber: WOB

Menurut Sinar Harian, ibu yang berusia 35 tahun itu telah mengajak kekasih gelapnya yang berusia 46 tahun untuk datang ke rumah dekat Sungai Jelok, Kajang untuk bersetubuh sejak September lalu ketika suaminya tiada di rumah. Eh curang pulak tu!

Suami wanita itu difahamkan telah keluar menjaga ibu tuanya yang sedang sakit dan wanita berkenaan telah mengambil kesempatan di atas ketiadaan suaminya untuk bermadu asmara bersama kekasih. Cis apa jenis isteri ni! 

Sewaktu kejadian itu berlaku, tiga orang anak mereka yang berusia enam, sembilan dan 11 tahun dikatakan tinggal bersama si ibu. Tanpa rasa malu, si ibu telah memaksa anak bongsunya yang juga seorang OKU menjadi saksi kepada adegan berahinya bersama teman lelaki. Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan telah melakukan hubungan terlarang itu di hadapan dua anak yang lain.

Ya robbi! Dah kenapa perempuan ni?!

Sumber: WOB

Walau bagaimanapun, hubungan tidak bermoral pasangan tersebut akhirnya terbongkar selepas jiran sekeliling melaporkan hal berkenaan kepada si suami.

Suami wanita tersebut telah diberitahu anak tirinya yang berusia 11 tahun bahawa ibu mereka bersama teman lelakinya melakukan hubungan seks dan akan mengarahkan anak bongsunya untuk melihat perbuatan terkutuk berkenaan. Kejadian itu menyebabkan anak bongsu tersebut trauma.”

— Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof

Sebaik mendengar berita tersebut, si bapa yang berang telah membuat laporan polis pada 23 November lalu dan selepas siasatan dijalankan, polis telah menahan pasangan tersebut di sebuah restoran dekat Jalan Semenyih Sentral, Semenyih pada jam 7.30 malam semalam (14 Disember). Mereka telah direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Sumber: WOB

Kes ini bakal disiasat bawah Seksyen 15, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menyebabkan seorang kanak-kanak memerhati seseorang atau mana-mana orang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan didenda maksimum RM20,000.

Ada juga jenis ibu macam ini ye! Tergamak buat dekat anak yang masih kecil macam tu. 

Baca: Takut Hilang Mata Pencarian, Ibu Paksa Anak Layan Nafsu Suami Kerana Sibuk Bekerja 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: