in

Video Terbaru Aliff Syukri Jadi Viral, Ini Apa Yang Netizen Katakan

Aliff Syukri Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru beberapa hari post, muzik video lagu terbaru Dato’ Aliff Syukri dah trending No. 1 di YouTube!


Pastinya ia menggembirakan pengasas kosmetik D’Herbs itu seperti dipost dalam akaun Instagramnya, @aliffsyukriterlajaklaris.

Aliff Syukri 1Sumber: YouTube

Lebih 1.6 juta Tontonan, Trending No. 1 YouTube

Muzik video ‘Bobo Di Mana’  bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia yang diperdengarkan secara rasmi di channel TV Terlajak Laris telah menerima lebih 1.6 juta tontonan dan 156,000 Unlike hanya dalam masa tiga hari.

Aliff SyukriSumber: Instagram

Sebelum ini, Dato’ Aliff pernah menerima tamparan hebat daripada orang ramai termasuk ditegur rakan-rakan selebriti lain seperti bekas pelakon dan personaliti TV, Wardina Safiyyah apabila Aliff kongsikan klip pendek video ini.

“Maafkan saya. Moga Datuk dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya. Wallahualam.

“Mohon Datuk padam video IG bersama dua ‘wanita’ yang menggoyangkan dan menayangkan buah dada mereka. Menjijikkan,” kata Wardina selepas klip itu dipertontonkan sebelum Hari Raya Haji lepas.

 

“Berdarah telinga dan buta mata aku tengok!”

Tapi, nampaknya macam netizen masih tak berpuas hati dan menganggap Dato’ Aliff belum belajar daripada peristiwa lalu selepas dia juga pernah ditegur oleh bonda tersayang, Rozita Ibrahim.

Aliff Syukri 5
Sumber: Twitter

Aliff Syukri 4
Sumber: Twitter

Aliff Syukri 3 E1536386947913
Sumber: Twitter

Aliff Syukri 6
Sumber: Instagram

Populariti video ini nampak gaya macam akan terus-menerus trending di media sosial. Dikecam atau tidak, ia masih no 1!

Boleh view video yang sedang trending tu kat sini:

Baca: Pakai Seluar Ketat Melampau, Sajat Kena Tegur Dengan Aliff Syukri

Aliff Sajat

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.