Setiap orang mesti ada masalah atau kekurangan pada diri masing-masing yang nak diatasi. Ada orang yang ada perasaan gugup bila berdepan dengan khalayak ramai sehingga sukar untuk melakukan apa-apa kerja yang melibatkan urusan dengan orang ramai.
Namun, kadang-kadang masalah seperti ini boleh diatasi dengan berdepan dengan apa yang kita takuti itu. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai rasa gugup berdepan dengan orang ramai, kita kena biasakan diri untuk berada dalam situasi ramai orang. Lama-lama perasaan gugup itu akan pergi dengan sendirinya.
Seperti perkongsian oleh pemuda ini melalui laman TikTok miliknya, dia mengatakan bahawa niatnya untuk membuat akaun TikTok adalah untuk mengatasi penyakit gagap yang dihadapi.
https://www.tiktok.com/@hanafinaru/video/7025291997573401858?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Video postingnya yang berdurasi selama hanya 14 saat itu telah pun berjaya mendapat jumlah sebanyak 497.8 ribu tontonan dengan like sebanyak 59.5 ribu.
Pun begitu, yang menjadi perhatian ialah jumlah komen yang diterima olehnya iaitu sebanyak 2066 komen! Kebanyakan mereka memuji dan mendoakan agar saudara Hanafi ini dapat mengatasi penyakit gagapnya itu.
Ada juga yang siap memberi pelbagai tips untuk membantunya hilangkan gagap. Melihat daripada jumlah komen yang diterima, nampaknya hasrat pemuda ini untuk mendapat support daripada para netizen tercapai.
Sama-sama lah kita doakan dan sentiasa support TikTok abang Hanafi ini supaya gagapnya dapat diatasi secepatnya. Fighting Hanafi!